Posts

Showing posts from November, 2011

21 November 2011

a year ago, on the same date, i was involved in an accident. how fast time flies. it is already a year. happy birthday Wan Naqiyyah Wan Hassan.. 20 November 2011 my room mate made a surprise party for me. yana and ena ordered Pizza for our lunch. i totally shocked at that time because never thought about that. i told them let's go to the cafe for buying the lunch but they keep on delaying. when yana told me that she wanted to wash her clothes, ena was telling me that she needed to see her friend. when yana finished her washing, then we prepared to go to the cafe, but suddenly the door was knocked by someone. i grinned a bit because i was hungry on that time but there were a lot of things keep on delaying my time to have the lunch.haha.very impatient! the person who knocked the door was ena. ena came back with a smile and abundance of Domino's Pizza boxes and say Happy Birthday;). yana and ena confessed to me that they planned it a week ago.(that was the reason why the coupons o
bosan aku dengan penat, penat serta berkeringat, enteng saja kau buat, aku rasa hangat.. hangat bukan teruja, tapi rasa membara, hentikan semua, agar padam segala.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1103pm,13 November 2011

KENANGAN SEHARI

kenangan sehari, tiada dapat dibeli, tiada dapat diulangi, walau sehari, akan kuingati, sehingga mati.. kenangan sehari, cukup istemewa sekali, kamu beri, aku rasa tidak terperi, bahagia menyinari.. kenangan sehari, melingkari diri, walau bertahun pergi, sentiasa di ingatan ini.. kenangan sehari, mencari erti, sampai kini, aku sukai, dan kulewati, setiap detik kenangan sehari, sebuah memori.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 210am,11 November 2011
baju merah, bas merah, terlalu indah, sukar kugubah.. baju merah, wangian mewah, cukup indah, sukar diubah.. baju merah, kamu indah, aku sudah, ingat kisah, masih tak berubah.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,203am,11 November 2011

Sampaikan Salam Aku Padanya..

sampaikan salam aku padanya, pesan padanya aku cinta, namun belum masanya, untuk aku labuhkan kata-kata.. sampaikan salam aku padanya, pesan padanya cukupkan ilmu di dada, agar pabila sampai masanya, dapat menerangi bahtera bersama.. sampaikan salam aku padanya, pesan padanya aku seorang yang setia, kalau dia rasa, akulah yang bertakhta, dalam jiwa, tunggulah sampai bila-bila, agar pintu hatiku terbuka.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 205am,10 November 2011

HATI

Hati janganlah lemah, hati tolong jangan rebah, hati jangan mudah.. Hati aku pelihara, dari dikecewa, dari merana, dari sia-sia.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,158am,10 November 2011
hilang rasa, tawar belaka, katamu berbisa.. entah bila, dapat kurasa, apa yang tercipta, dalam jiwa, yang tiada rasa.. sampaikah detik itu, saat aku, tiada lagi perlu, menunggu sesuatu.. wujudkah masa, tiada lagi tercipta, bahagia saat nama, kamu dibicara.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,1253am,9 November 2011

PERTAMA

yang pertama, jika ada pertama, pasti wujud kedua, namun ku tak ingin kedua, mahu ketiga, kerana yang pertama, sudah terbit getar di dada, buat aku rasa berbeza.. pertama kali, melihat diri, terkejut tidak terperi, indahnya ciptaan Ilahi, kamu yang mencuri hati.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 200am, 8 November 2011

MASA

kalau saya ada masa, saya akan ukir puisi cinta, saya akan menghiasi kota, dengan kisah indah saya.. jika saya ada masa, akan saya beri pada, kamu yang terlalu leka, mencari masa, namun setiap manusia, diberi masa yang sama, apalah ada dengan masa saya, jika saya, tiada masa untuk bertemu yang Esa.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,210am, 8 November 2011

RINDU

ingin kutahu, siapa merindu, agar diriku, mengerti sesuatu.. rindu itu sesuatu, yang tiada terjemah akan kata-kataku, tetapi sesak di jiwaku, terasa sesuatu, beban tiada dayaku.. Nukialn: Wan Naqiyyah Wan Hassan,158am, 8 Nov 2011

SEPI

kesepian dalam mimpi, kerinduan ditangisi, bila terhenti, terbit duka di hati.. sepi itu sendiri, sepi itu aku lagi, sepi itu biar pergi, sepi itu biar tiada lagi.. dunia ini cukup seri, jika sepi berganti, warna ceria menghiasi, tangis aku berhenti.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1244am,8 Nov 2011,Kuala Terengganu.

Jika diberi..

jika diberi peluang, aku harap dapat ulang, masa ketika bersama tersayang.. jika diberi kuasa, ingin kembali pada, masa ketika masih bersama, mencari redha sempurna.. jika diberi masa, akan kuguna sebaiknya, masa bersamamu kusuka, walau sekadar seketika.. jika diberi apa kuminta, harapanku agar syurga, dapat kujejak bersama, ibu dan ayah tercinta, jua bersama kamu yang kucinta.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,1008pm,6 November 2011, Kuala Terengganu.

lelaki itu

lelaki itu, sering di mindaku, lelaki itu, beri rasa pilu, lelaki itu, sering aku rindu, lelaki itu, sangat bermakna bagiku.. lelaki itu, cukup kacak bagiku, lelaki itu, sungguh sopan perilaku, lelaki itu, yang aku perlu, lelaki itu, yang aku tunggu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,933pm,Kuala Terengganu
Image
gembiranya hati, riangnya diri, pabila dirindui, hari terasa terisi.. indahnya hari, berita tadi, dapat kudengari, kujua merindui.. hahahahahaha, sekian=P nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 113am,4 November 2011 p/s: to Son, miss u too;)
pertama kali bersua, rasa sesuatu berbeza, terbit getar dalam jiwa, kaku tidak terkata.. senyuman kamu buat aku, rasa mentari punya aku, bulan tunggu aku, planet-planet bersatu, oh bahagianya hatiku.. adakah kau tahu, itu berlaku, dalam hatiku, dalam bisu, sejak dulu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1049pm, 31 Oct 2011