Posts

Showing posts from March, 2014

Aku Kecewa, Aku Merana

Aku kecewa, Aku merana, Melihat suatu suasana, Aku rasa hina.. Aku kecewa, Aku merana, Aku tiada rasa, Untuk tersisa, Buat kamu pendusta.. Aku kecewa, Aku merana, Dirantai terpenjara, Aku benci dimain jiwa.. Aku kecewa, Aku merana, Kenapa tidak terima, Nasihat ibu tercinta.. Aku kecewa, Aku merana, Kau buat aku terseksa, Kau buat aku rasa, Tiada sesiapa, Patut aku labuhkan cinta.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 6.48pm, 25 March 2014

Rela atau Redha.

rela atau redha, tidak terima, tiada sempurna, bau syurga.. rela atau redha, rasa kecewa jiwa, aku tiada rasa, untuk tersisa.. rela atau redha, aku mahu segera, berlalu masa, agar semua, tidak terus teroka, dalam jasad tiada rasa, untuk terus bertakhta.. rela atau redha, aku bukan maksum dosa, aku hanya insan hina, merembes tangis rindu ibu bapa, mengapa ini aku terima, setelah apa yang dikata, aku tempis dengan bangga.. rela atau redha, aku rindu suatu masa, aku tidak perlu rasa kecewa, memilih jalan yang dibina, tidak seperti aku sangka, tidak seindah yang aku suka, tragis setiap masa, menekan jiwa, merobek segala isi dunia, aku terluka.. rela atau redha, aku tahu aku tidak mampu, memberi suatu, rasa rindu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 904pm, 23/3/2014

Ada Aku Kisah?

Ada aku kisah? Kau datang dan pergi meninggal resah, di hati berbolak menangis tak sudah.. Ada aku kisah? Kau main hati, kau koyak sanubari, Biar luka sejati, tiada penyembuh abadi.. Ada aku kisah? Kau beri pelangi, Kau ragut kembali, Tinggal mentari seakan mahu pergi.. Ada aku kisah? dengan siapa kau pergi, dengan siapa kau dilengkapi, aku pun tidak sunyi, sendiri bukan sepi, sendiri mencari, cinta Ilahi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 523am, 23 March 2014

Bahagia

meraih bahagia, semuanya ingin selamanya, waktu yang ada, takkan berjumpa, untuk lain masa... melakar sempurna, takkan bisa, di sini bukan syurga, sini hanya dunia.. mencari dia, satu dalam sejuta, namun jumpa, aku suka, aku bahagia.. kamu yang aku cinta, kamu tahu kamu siapa, tak perlu aku buat nota, menulis nama.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 537am, 22 March 2014

S.E.T.I.A

Untuk apa setia, Jika untuk diluka, Untuk apa setia, Jika tiada mampu beri rasa percaya.. Setia itu kenangan, Setia itu harapan, Setia itu keseorangan, Setia itu amalan... Setia itu aku lakukan, Untuk kamu di halaman.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 530pm, 17 March 2014

Patient

i am not an angel to stay calm, be patient until the end. i am only a normal human. i have my limit. Stop all the nonsense.

LUPAKAH KAMU?

Tika habuk berterbangan, tiada mampu isi ruang kekosongan, setia di sini temankan, setia di sini bermimpi sayang.. Tika sukar melahirkan, tika perit hari mendatang, tetap setia di sini sayang, memberi sokongan, memberi dorongan, agar dirimu kedepan, mendapat redha Tuhan, mendapat rezeki selautan.. Namun mengpa sayang, pabila rezeki selautan, kau mencari kesalahan, kau mencari teman, untuk luahkan, nntuk berkasih sayang, apa aku sudah hilang? Tidakkah kau ingat, tika kita bersama berkeringat, untuk teruskan semangat, mendapat rezeki tak ingat.. Dan lupakah dirimu, saat zuriatmu, berjuang nyawaku, untuk itu.. Lupakah kamu? atau kau dibaham masa, amnesia melanda? Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 923am, 6 March 2014

a month

today marks a month duration for me here. a month away from family. a month of being a post graduate student. a month of unemployment. many happy thing happened this month. Alhamdulillah. New journey. New experience. New thing. i have found a house to stay. currently i stay with my ex-lecturer. but once my darling comes over then i will move to a new place. going to sign the tenancy agreement next week. hopefully everything will be fine. i am too excited to stay at my own place. i can decorate it my way. can't wait to shop a lot of things to decorate the house. to put a life in it. reads between line. kekekekekeke

Wan Najihah Farhanah

wow, it is terrific. you guys love to search about wan najihah farhanah and then accidentally found my blog. Is she that special to be searched such way. kekekekeke just ask me what do you want to know about her. i have everything about her. her secret is just in my pocket. walaheyyy...