Posts

Showing posts from March, 2015

LeLah..

Angin berlalu, Tampar aku, Sedingin salju, Aku beku.. Musim berubah, Namun arah, Masih lelah,. Pergi aku mencari, Sebuah mimpi, Mencipta realiti.. Menjelmalah, Rasa kuat tanpa beralah, Rasa tangkas tanpa balah.. Indah, Bila mimpi bertukar realiti, Lagi indah bila kau ada sekali, Di sisi, Tersenyum nampak gigi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 649am, 20 March 2015, Manchester, UK

Teman Lelaki Upahan

Fenomena. Itu sahaja yang dapat aku nyatakan. Suka lah tengok lakonan mereka. Bersahaja namun berkesan di jiwa. Masing-masing sangat hebat dalam menterjemahkan skrip. Sebuah drama adaptasi dari novel. Sebagai seorang penonton yang tidak mempunyai kesempatan untuk membaca novel tersebut, aku tidak dapat membuat perbandingan antara karya yang diapdaptasi ini sejujurnya berjaya menyampaikan cerita novel itu atau tidak. Namun, aku percaya dengan apa yang aku lihat tanpa membuat perbandingan yang dinyatakan tadi, drama ini bagus dan berjaya buat aku tertunggu-tunggu. Walau tidak mampu menonton secara langsung di televisyen kerana keberadaan tidak di sana tetapi tidaklah aku terkesan kerana dapat menontonnya secara atas talian. Ezwan Lutfi @El dan Kyra Lydia Sesungguh, ini adalah drama bersiri yang pertama yang berjaya berada dalam blog picisan ini. Oleh itu, nilaikan sendiri kehebatannya sampai ke Manchester aku tetap setia menonton;)

Ganti

Puasa aku ganti, Suami teman sekali, Teman sahur pagi hari, Turut berpuasa teman bini, Dan tentu saja teman berbuka di sisi.. Tak perlu emas permata, Tak perlu barang mewah untuk dipamer jelata, Cukuplah hati ikhlas membuah cinta.. Aku tahu kamu berusaha, Keras dan kuat demi kita, Maaf jika selalu buat kau terluka, Secara sedar atau tidak sengaja.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 646am, 12 March 2015

Satu Dua Tiga

Satu dua tiga, Waktu itu berharga, Kamu sudah berusia.. Satu dua tiga, Tidak aku sangka, Kau sudah dewasa, Seakan semalam baru dukung kau merata.. Satu dua tiga, Umur kau angka, Tak perlu kira, Namun biar semakin bermakna, Dalam mencari syurga.. Satu dua tiga, Biar sentiasa dalam redhaNya, Aku tak minta kau sempurna, Namun biar jadi insan berguna, Buktikan kita pun boleh berjaya.. Satu dua tiga, maaf aku tak reti mengira, hanya tiga angka, yang aku ulang dari mula.. Satu dua tiga, Selamat berkat usia, Adikku tercinta.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 621am, 12 March 2015, Manchester, UK

Benar

Benar kata mereka, Carilah orang yang suka kita, Carilah orang yang cintakan kita, Seperti kita ini kita, Bukan mahu kita jadi dia.. Benar kata mereka, Seorang wanita, Perlu seorang jejaka, Yang cinta sepenuh jiwa, Akan dia, Sehabis rela.. Benar kata mereka, Aku ini lemah segala, Biar didamping cinta, Selimuti takut gelita, Unjuk jalan syurga.. Benar kata mereka, Hormatilah insan kau cinta, Bila terkasar bahasa, Maaf kau pinta, Kita bukan maksum dosa, Kita manusia biasa, Aku insan hina.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 611am, 12 Mac 2015, Mnchester, UK

Rasa

rasa itu, menyelubungiku, memberi sesuatu, tiada terluah dalam kata-kataku.. walau jauh lari dari sesuatu, ada masa terasa sayu, terjengah kembali memoriku, terasa pilu, di situ.. pilu mainan aku, sayu mainan rindu, tangis bukan mahu, jadi peneman selalu.. aku mahu, ada waktu, aku tahu, wujud itu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 238am, 15 August 2014

Melihat

Lihat aku dengan mata, Terserlah semua, Namun masih samar, Apa yang tersirat tak terbaca.. Lihat aku dengan hati, Rasa apakah ini, Aku sendiri tidak pasti.. Lihat aku ke dasar, Tiada yang tersisa, Namun mengapa, Masih ada cebis tidak selesa, Bermaharajalela.. Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 1256am, 3 March 2015, Manchester, UK