Posts

Showing posts from June, 2019

ULANG

Bila mahu ulang, Kisah kita riang, Gelak tawa pagi petang, Tidak kisah malam siang, Sehingga tidak mahu pulang, Ke asalan... Adakah saat terulung, Untuk kita ulang, Kisah yang kita julang, Momen yang aku sayang... Aku mohon Tuhan, Dengan hati kudus jiwa menahan, Beri aku satu saja peluang, Untuk tetap ulang, Kisah semalam, Semalam yang hilang, Dari pandangan... Aku mencari, Ke mana menyepi, Kisah riang kami, Di suatu pagi, Jauh membawa diri, Dari tanah air ini... Doakan aku kembali, Temui sesuatu yang dekat di hati, Sering dan senantiasa di sanubari, Sebuah rasa yang beberapa purnama pergi, Dari pandang dan diri... Aku akan tetap di sini, Berdoa sampai mati, Dengan tulus nurani, Dari lubuk terdalam sanubari, Agar Dia dapat dengari, Tiap satu gugus doa yang aku tangisi... Selamat ulangtahun kakak manis, Semoga bahagia itu magis, Mendakap dirimu senantiasa, Walau di mana berada, Kamu tetap di sini, Di hati... Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 5.00pm, 18 Jun 2019

PULANG

Cedera kereta dapat aku ikat, Baiki dapat kembali berkilat, Cedera hati parah merata, Lagi pula hati yang menderita.. Bila kamu ada peluang, Berebut dengan riang, Tolong, tolong raikan, Jangan bila ditarik pulang, Tiap peluang datang, Tiada lagi senyum dan tawa riang.. Raya itu peluang, Raya itu aku juang, Aku pulang, Walau cedera aku belum hilang, Aku cuba raikan, Mana yang kurang, Mana yang silap faham.. Namun pulangnya aku, Bukan pulang yang juang menjulang, Pulang aku terpaksa pulang, Pulang aku mencari ruang, Berteduh bermalam dalam suatu ruang.. Tolong, tolong.. Raikan peluang, Kadang bila dipanggil pulang, Itulah yang paling kau sayang, Dan kau mohon biar berulang.. Rebut ruang mandi di pagi aidilfitri, Rebut seterika untuk kemaskan lipatan berduri, Mana pergi tiap memori, Mungkinkah akan berulang lagi, Untuk aku rasai, Di pagi aidilfitri? Aku pulang dengan harapan, Aku pulang dengan juangku patah lengan.. Aku doa Tuhan, Biar kau sejahtera dan tenang, Bila samp