Syukur Selalu
Syukur selalu, Bila lapar menjemput, Masih punya sesuatu buat perut.. Syukur selalu, Bila malam menjelma, Saat gelita memeluk diri, Masih punya lampu untuk beri, Sebuah cahaya yang dinanti.. Syukur selalu, Saat ada setiap satu, Pensel dan buku, Semua lengkap serba satu.. Syukur selalu, Saat mereka bercatu, Kita masih mahu, Dan masih mampu, Makan apa yang terhajat di kalbu.. Syukur selalu, Tidur lena selesa menyelimut, Tak pernah dihurung nyamuk mahu semut, Sampai terlepas tahajud.. Syukur selalu, Tidak berbantal lengan, Tidak berselimut udara, Tidak beratap angkasa.. Jauh sungguh cerita, Antara kau, aku dan dia, Kisah kita berbeza, Nasib kita tak sama, Walau pelbagai ujian menjelma, Kita harus kuat melaluinya, Agar suatu jalan akhirnya kita, Kita menuju syurga yang sama.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 2.44pm, 9 Jun 2020