yang kucari..

kucari indah senyuman,
kucari sebuah ketenangan,
kucari seorang teman,
yang bisa membuatkan,
aku tersenyum kala keseorangan,
aku teringat dalam seharian,
aku berlagu riang,
pabila kau datang..

aku mengaku aku suka,
akan seorang jejaka,
yang berjaya,
mengetuk hati lara,
berminggu aku cuba,
nafikan kasih tercipta,
dalam hati sudah ada taman..

namun apa yang aku perlukan,
bukan bahagia sekadar luaran,
bukan kegembiraan yang tidak berpanjangan,
aku mahu indahnya rasa seumur kehidupan,
aku mahu ia berkekalan,
sehingga nyawa bercerai badan,
sehingga saat kita disatukan,
waktu dibangkitkan,
kau masih menjadi pasangan..

dan aku mahu,
syurga tempatku,
adakah kau mampu,
membimbingku ke situ?

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 3.26pm,13 April 2011,Alpha Villa

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?