Dalam waktu lenggang,
terasa suatu kosong,
di hati lompong..

penuh syahdu lihat di kejauhan,
indah tertib suatu wajah,
bersih suci tanpa masalah,
cukup tertarik pandangan kukalah..

kamu kulihat berbeza,
kamu yang beri kurasa,
sesuatu getaran di jiwa,
kamu jua yang menghadiahkan senyuman yang kusuka,
walau akhir nyawa,
aku akan abadikannya..

tapi kini aku ketahui,
tidak manis aku khabarkan dunia,
kisah kamu yang aku rindu setiap ketika,
ada ulama berkata,
syahid jika rinduku padamu bawa ke habis nyawa,
tanpa di war-war serta dicanang segala..

aku mengerti Ya Allah,
pemilik abadi sanubariku ini,
tanpa Dia mengizini,
aku rasa tidak bermula kisah ini,
aku mahu berhenti,
memencil akan diri,
lebih baik aku simpan sendiri,
rindu dari diri,
untuk seorang pencuri hati..

Terima kasih Ilahi menghadiahi aku sekeping hati=)

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,257am,26 May 2011,Kuala Terengganu.

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?