Posts

Showing posts from October, 2011

Hello hanoi.

hi everyone. i went to Hanoi from 22 Oct to 28 Oct 2011 for a study trip. this study trip is a requirement for my international construction procurement course.there are many stories to share but i have to make a move right now because i have to complete my assignment. may be later if i do have time for telling u the story and the photos that have been taken in Hanoi are ready,i will try my best to update about Hanoi.miss u guys;) p/s: Already miss 'tut'..huahuahua ;P

Jauh pergi meninggal mimpi..

jauh berkelana ke sana pergi, harap dirimu dapat kulupai, namun pabila berjumpa yang menyerupai, hati mula rindu kembali.. senyumnya persismu, liriknya juga persismu, cukup buatku, terkenangmu selalu, walau jauh dari asalku.. pernah dulu jauh kupergi, kamu hiasi mimpi, kamu beri erti, sesuatu bermakna di hati.. sampai bila ini, harus kutempuhi, kerana kamu tiada lagi, sudah lama pergi, dari miliki, rasa yang kuhadapi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 523pm,29 Oct 2011.

Tiada

sudah lama aku berkelana, sudah lama aku menderita, untuk selama mana, harus kuhadapinya.. sudah beribu kali dikata, sudah lama tinggalkan masa, waktu tercipta cerita, antara dua insan bercinta.. namun mengapa tidak diendah kata, mengapa sering jua, tangisi suatu cerita, yang sudah tiada.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 307am,21 October 2011

Pilu

mimpi kamu, terganggu hariku, kerana tercipta pilu, kamu tidak begitu.. mimpi kamu, terus sms mamaku, dan sudah berganti malam berlalu, kamu masih muncul dalam lenaku.. soalnya satu, mengapa perlu, terasa sesuatu, jika kamu tidak begitu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1249am,17 October 2011
hati terusik, biola bergesek.. mulanya sama, akhirnya berbeda, walau akhir untuk bermula, namun kerana beza, suram menjenguk jiwa, kelam tiada cahaya.. tunggu masa, bila tiba, adakah menjelma? Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 204am,11 October 2011

Indah

indah lihat sesuatu, indah sungguh itu, aku terpaku.. indah dengar suara, indah tiada tara, terkejut silap sapa, rupanya tertegur orang berbeza, kerana malu terpanggil saudara.. indah suatu waktu, indah dunia aku, indah waktu bersamamu, indahnya hanya tuhan tahu, indah walau tanpa lagu, indah aku bisa malu.. indah itu seketika waktu, indah itu sekadar berlalu, indah kalau kamu, tahu suatu, aku masih tunggu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,135am,10 October 2011

Hi everyone;)

wow,it has been quite some time. my life as a student is a hectic life. there are abundance of works to be done.course works are here and there.=) there are a lot of stories to share here but well as some of you might know me,because there are too much to tell then it seems hard for me to choose which one is the most important stories to be highlighted here. so when i think of what are the significant routine,thing or stories throughout all these while, these are some of them;) 1) KaedFest-my friends and i who are taking international construction procurement course this semester had set up a stall which sold sandwiches,hot beverages,ice blended and milk shake on last kaedfest which was held on the second week of this semester. this was done due to collect some money for our trip on this 22oct. 2)erm, the outing with my bestfriend.tomorrow will be her birthday,happy birthday sayang.you know who you are dear;). i already sent her the birthday wish sms just now and of course the birthday

bicara

mengapa aku sering berbicara, terlalu banyak berkongsi cerita, apakah ada sesuatu yang tidak kena, atau sekadar berbahagi rasa, mungkin aku tidak lagi berdaya, menyimpan seribu cerita, untuk berseorang menanggungnya, kuharap apa yang kubicara, tidak berlaku umpatan segala, sekadar luahan biasa, harap yang berkongsi rasa, tidak pula menjaja berita, kisah aku yang tiada makna, ceritera yang hanya biasa cuma.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,739am, 14 september 2011
kadang kulelah, terasa kalah, kadang kupenat, penuh keringat, kadang ku tak mampu, untuk terus menuju.. Namun.. teringat senyummu, tercipta senyumku, kekuatan kuseru, terus bersamaku, untuk selama mana yang aku tahu, senyumanmu, pencetus sesuatu, dan percayalah, sesuatu yang bermakna buatku.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1101pm, 29 September 2011
seharusnya kumelupakan dirimu, namun sebaliknya berlaku, cuma termimpikan kamu, sejuta senyuman menemani hariku, hariku ceria tidak seperti selalu, terasa bahagia menyelubungiku, hanya itu yang termampu, berlaku dalam hidupku, kerana kamu sudah pergi dariku, untuk selama mana yang berlalu, dari hari yang kau pergi dulu, tiada pernah sehari berlaku, kamu pergi dari mindaku, kamu pergi dari hatiku, dan yang pasti, untuk selama mana nanti, aku tetap merindui, serta mengingati, kamu yang dekat di sanubari.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,843am,14 september 2011-hari ulangtahun wanita teristimewa dalam hidupmu..