seharusnya kumelupakan dirimu,
namun sebaliknya berlaku,
cuma termimpikan kamu,
sejuta senyuman menemani hariku,
hariku ceria tidak seperti selalu,
terasa bahagia menyelubungiku,
hanya itu yang termampu,
berlaku dalam hidupku,
kerana kamu sudah pergi dariku,
untuk selama mana yang berlalu,
dari hari yang kau pergi dulu,
tiada pernah sehari berlaku,
kamu pergi dari mindaku,
kamu pergi dari hatiku,
dan yang pasti,
untuk selama mana nanti,
aku tetap merindui,
serta mengingati,
kamu yang dekat di sanubari..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,843am,14 september 2011-hari ulangtahun wanita teristimewa dalam hidupmu..

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?