Posts

Showing posts from December, 2011

Detik Itu..

akan tiba suatu masa, yang akan buat aku merana, akan tiba suatu ketika, aku mungkin tiada lagi lena.. dan pabila saat itu datang, aku sudah tiada mampu memandang, aku sudah tiada mampu bersarang, aku sudah hilang.. namun saat itu, pasti menemuiku, dan pabila detik itu, datang mengganggu, aku tidak mampu, untuk senyum seperti selalu.. dan aku tiada pasti, adakah senyumku akan terukir lagi! Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1044pm, 31 December 2011

Bye-Bye 2011

The end of 2011 what has happened throughout the whole year? there were some sweet memories. but there were also many bitter and sour memories. i still remember all those things that have made me crying and even until this evening! whatever has happened whether it was sweet or sour or bitter, it will be called as history. there were a lot of stories that i did not share here, i kept it to my self and some i told my families and close friends. some of them i wrote into poem. there were many things that i regretted in 2011 hence for the new year i hope that the regret things will be reduced or perhaps will not be having any chance to be existed;) I, Wan Naqiyyah Wan Hassan, want to take this opportunity to ask for forgiveness for the people that i have ever hurt, back bit or any others thing that might make you hate me.. HAPPY NEW YEAR everyone.. to my dear reader (if there is any) HAPPY NEW YEAR and thanks for everything. pray for my Final too;) p/s: to my parents and siblings, miss yo
pelangi itu cantik, aku cukup tertarik.. sang suria itu ceria, aku mahu ketawa.. hujan itu indah, buatku tika gundah.. langit itu luas, bagi aku puas.. indah bumi Ilahi, nikmat tidak terperi, untuk kita rasai, namun kenapa tidak syukuri, semua yang diberi? kala malam bintang terang, kala malam bulan kelam, kala air ada pasang, kala air ada surut, semua di muka alam, ada putaran.. kadang di atas, jangan terlalu puas, jika di bawah, jangan terasa kalah.. ada kala mainan perasaan, menjadi perhiasan, ada kala hiasan, tiada lagi menjadi bualan, yang pasti di hujung jalan, kita semua akan ke suatu alam.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 305am,19 Dec 2011

Si Tua di Sudut Kota

di suatu sudut kota, seorang uzur meminta, sekadar untuk merasa, makan seperti yang lain jua.. bukan tiada mahu bekerja, namun kudrat tersisa, tidak mampu berbuat segala, badan tua itu meminta-minta.. bukan tiada malu, terukir di kalbu, namun kerana tiada mampu, berbuat sesuatu, maka malu itu, dibiar berlalu.. anak-anak berjaya, kerja di menara, namun mengapa dibiar si tua, hidup melata? si tua sepenuh cinta, membela anak hingga berjaya, namun mengapa pabila sudah berusia, si tua tadi dipinggir merata? di mana anak yang berjaya? di mana tanggungjawabmu menjaga? ibu serta bapa yang merawat tika duka, ibu dan bapa yang tiada pernah leka, memberi segala yang mereka ada, agar hidupmu diterangi cahaya.. di sebalik ceruk kota, si tua menumpang di bawah jejantas lama, terkenang akan cahaya mata, tiada lelap mata, tidur berbantal lengan berselimut udara, si tua berwudhuk lalu memohon doa, dimohon Ilahi agar memaafkan cahaya mata, yang meninggalkan dia tanpa khabar berita, tiada pernah memohon
ukiran hati ini, sulaman jiwa ini, kamu masih di sini, aku tiada pergi.. kelmarin aku susuri, laluan yang dijejaki, pabila kau di sini, sembilu meneman hati, hatiku luka lagi.. pilu hati, luluh nurani, terkenang memori, yang sudah pergi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 203am, 19 Dec 2011
tawa itu, senyum itu, suara itu, haruman itu, adalah sesuatu.. segala tentangmu, aku mahu tahu, segala tentangmu, aku masih tahu, segala tentangmu, aku tetap perlu.. mata itu, tiada menipu, indahnya kamu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 151am,12 Dec 2011
siapakah pemilik hati ini? jawab yang pasti ialah Ilahi. siapa pemilik rusuk kiri, jawab yang pasti seorang lelaki, tapi siapa aku belum pasti, kerana hadirnya tiada kusedari, mungkin telah lama di sisi, dan mungkin jua belum pernah kutemui, harap suatu hari nanti, pemiliknya menjumpai, aku yang menanti.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 135am, 19 Dec 2011

IBU

ibu, bukan sekadar ratu, namun jiwa serta ragaku.. ibu, bukan seribu, namun hanya satu.. ibu, senyummu kuperlu, belaimu kutuju, cinta serta kasihmu, kutunggu selalu.. ibu, maafkan anakmu, jika selalu mencucuk sembilu, di hati kecilmu.. ibu, aku rindu, segalanya tentangmu, sehari berjauhan darimu, sejuta hari kupilu.. ibu, doakan aku, dalam mencari ilmu, doakan aku, bertemu sesuatu, yang berharga untukku;) Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 128am, 19 Dec 2011

BULAN

indah cahaya bulan, pada malam kelam, namun pabila siang datang, bulan tiada kelihatan.. bulan tetap di langit terbentang, cuma tiada kelihatan seperti semalam, indahnya ciptaan Tuhan, panjatkan kesyukuran berpanjangan, jika malam dibiar tanpa bulan, kelamnya langit tanpa teman, kalau hidup tiada diselimuti iman, gelapnya pasti lebih kelam dari malam.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,120am, 19 December 2011
Terasa sesuatu, Sejak dulu, Masih Kelu.. Dari jauh kulihat, Nur itu terpahat, Cukup terpikat, Tiada berani dekat.. Kamu cukup lengkap..;) Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 248am, 15 Dec 2011
Walau aku pinta, Ia berhenti bukan sekadar koma, Namun sila percaya, aku tiada, kudrat melaksana.. Bila aku cuba berlari, Dari sering mengingati, Memori itu kembali, Menampar mindaku lagi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 256am, 15 Dec 2011
pergi, tiada kembali, ku cium untuk terakhir kali, sebelum mandi, dan selepas diwangi, seperti mimpi, balik KT, kini di UIA, Dalam satu hari. Al Fatihah, Arwahyarhamah Nenda Aminah..

Bila?

bila? tiada lagi bicara, tiada lagi masa sia-sia, tiada lagi semua yang hiba.. bila? tiada lagi kamu, dalam hatiku, tiada lagi perlu, aku menunggu.. bila? tiada lagi airmata, untuk dipersia, tiada lagi tua, dalam usia dipersia.. bila? noktah itu akan tercipta, koma itu lupus belaka.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 246am, 5 December 2011
ada suatu bulan, dalam satu tahun, bila tiba aku perasan, ada sesuatu tiada tertahan.. hampir akhir bulan, untuk suatu bulan, namun bila bulan, bermula aku sudah tidak keruan.. kenapa harus aku berperasaan, bukan-bukan, kerana bila bulan, aku pula datang, kamu tidak datang, mahupun perasan.. tahun-tahun berlalu, satu dua tiga empat pergi dulu, tetap sama seperti selalu, tiada ingatan itu, pada hariku.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 237am,5 December 2011