Si Tua di Sudut Kota
di suatu sudut kota,
seorang uzur meminta,
sekadar untuk merasa,
makan seperti yang lain jua..
bukan tiada mahu bekerja,
namun kudrat tersisa,
tidak mampu berbuat segala,
badan tua itu meminta-minta..
bukan tiada malu,
terukir di kalbu,
namun kerana tiada mampu,
berbuat sesuatu,
maka malu itu,
dibiar berlalu..
anak-anak berjaya,
kerja di menara,
namun mengapa dibiar si tua,
hidup melata?
si tua sepenuh cinta,
membela anak hingga berjaya,
namun mengapa pabila sudah berusia,
si tua tadi dipinggir merata?
di mana anak yang berjaya?
di mana tanggungjawabmu menjaga?
ibu serta bapa yang merawat tika duka,
ibu dan bapa yang tiada pernah leka,
memberi segala yang mereka ada,
agar hidupmu diterangi cahaya..
di sebalik ceruk kota,
si tua menumpang di bawah jejantas lama,
terkenang akan cahaya mata,
tiada lelap mata,
tidur berbantal lengan berselimut udara,
si tua berwudhuk lalu memohon doa,
dimohon Ilahi agar memaafkan cahaya mata,
yang meninggalkan dia tanpa khabar berita,
tiada pernah memohon mala petaka,
menghinggap anak tercinta..
anak tadi di mana pergi?
mengapa biarkan bapamu di sini,
janganlah suatu masa nanti,
apabila rindu bertamu di hati,
sesal mengulit mimpi,
kamu mencari-cari,
orang tua tadi telah kembali,
menghadap Ilahi...
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 234am,19 Dec 2011
seorang uzur meminta,
sekadar untuk merasa,
makan seperti yang lain jua..
bukan tiada mahu bekerja,
namun kudrat tersisa,
tidak mampu berbuat segala,
badan tua itu meminta-minta..
bukan tiada malu,
terukir di kalbu,
namun kerana tiada mampu,
berbuat sesuatu,
maka malu itu,
dibiar berlalu..
anak-anak berjaya,
kerja di menara,
namun mengapa dibiar si tua,
hidup melata?
si tua sepenuh cinta,
membela anak hingga berjaya,
namun mengapa pabila sudah berusia,
si tua tadi dipinggir merata?
di mana anak yang berjaya?
di mana tanggungjawabmu menjaga?
ibu serta bapa yang merawat tika duka,
ibu dan bapa yang tiada pernah leka,
memberi segala yang mereka ada,
agar hidupmu diterangi cahaya..
di sebalik ceruk kota,
si tua menumpang di bawah jejantas lama,
terkenang akan cahaya mata,
tiada lelap mata,
tidur berbantal lengan berselimut udara,
si tua berwudhuk lalu memohon doa,
dimohon Ilahi agar memaafkan cahaya mata,
yang meninggalkan dia tanpa khabar berita,
tiada pernah memohon mala petaka,
menghinggap anak tercinta..
anak tadi di mana pergi?
mengapa biarkan bapamu di sini,
janganlah suatu masa nanti,
apabila rindu bertamu di hati,
sesal mengulit mimpi,
kamu mencari-cari,
orang tua tadi telah kembali,
menghadap Ilahi...
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 234am,19 Dec 2011
Comments
Post a Comment