Posts

Showing posts from February, 2012
tidak senang, tidak tenang, tidak lengang, bersarang.. tidak rindu, namun pilu, tidak percaya, namun nyata.. tidak mahu, namun berlaku..

countdown

to be honest, these 2 months, i felt really bad. to be honest, what i thought years before has become the ugly truth that silently kill me inside! seriously, i tried to be cool. to be as usual. but i can't lie to myself that i'm okay even i don't. i have tried my best to be the best. i have tried my best to be strong. but every night i cry waiting for something that really big to really make me feel bad for the rest of my life. i do believe what Allah SWT plans for me. but then it is wrong for me to just be sad for the sad thing that struck me right now?

Selamat Pengantin Baru

Jodoh itu rahsia Allah SWT. mungkin kita mencuba sedaya yang kita ada,namun jika dia bukan lah seseorang yang ditulis di Luh mahfuz lagi untuk mendampingi kita.maka dia akan menjadi milik orang lain.kepada awak,selamat pengantin baru.semoga awak kekal bahagia sehingga ke syurga.doa saya selalu mengiringi awak.;)

Kekasihku..

Kekasihku.. Aku mahu kamu tahu, Aku tahu kamu rindu, Kamu masih di situ, Walau aku sudah lari berjuta batu.. Kekasihku.. Aku tahu bahagia itu milikku, Jika aku balas sesuatu, Yang tersirat di kalbumu.. Kekasihku.. Kisah itu aku tiada mungkin lupa, sampai bila-bila, kesan yang tersisa, buat aku rasa, seksa hingga aku hilang nyawa.. Kekasihku.. Sepatutnya kamu tahu, Aku punya perilaku, Agar kata kamu, terjaga tanpa menggurisku.. Kekasihku, Seharusnya kamu mengerti, Sekali hatiku dilukai, Sekali katamu berduri, Selamanya aku ingati, Percayalah sampai mati.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,1030am,25 February 2012

Kononnya lah kan!!!

tafsir maksud kawan, seribu perumpamaan, namun aku tidak senang, jika kawan aku tidak terus terang.. aku rasa seperti dipermainkan, jika dia tidak kongsikan, apa yang patut aku dapatkan, dari seorang teman, yang kononnya rindukan, aku yang jauh diperantauan! Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,242pm,24 february 2012,NFL

Masanya Telah Tiba..

masanya telah tiba, hari ini kucuba, melupakan segala tentang dia.. masanya telah tiba, hatiku pergi dari duka, sekian lama kupuja.. masanya telah tiba, saat kutelah jangka, pasti berakhir penantian hiba.. masanya telah tiba, hatiku perlu cekal, menempuh segalanya, Allah lebih tahu semuanya.. masanya telah tiba, kamu yang kusuka, akan menjadi milik dia..

Suatu Janji

benar bila kusingkap masa lalu, kulihat kamu di situ, setiap helaian diari mindaku, kamu pernah berada dalam itu, dan untuk sekian kalinya aku pilu.. pilu bila teringat masa lalu, kamu ada di suatu waktu, sentiasa di situ, sabar menemaniku, walau badai berlalu, walau hujan laju, kamu utuh bersamaku.. namun itu dulu, tika semua indah selalu, tika rindu itu masih milikku, tika harimu adalah senyumku, tika gembiramu adalah tawaku.. walau jauh aku pergi, walau tak tercapai akal lagi, pasti akan wujud detik ini, detik aku ingati, yang kita pernah berjanji, untuk bersama sampai mati, jua tika kita meniti hari, senang susah sekali.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 432am,5 February 2012 Nukilan:
bulat tidak, segi tidak, namun melarat, jiwa berkarat, terasa sarat.. besar bukan, kecil bukan, terasa beban, menikam-nikam.. masa dan lah, masalah, terasa kalah, aku lelah.. sukarnya mahu cerita, payah mencengkam rasa, tiada yang bisa, melerai kusut jiwa.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,408am,3 february 2012