Perjalananku,
Penuh liku,
Namun syukurku,
Dapat kutemu,
Kamu..

Kamu,
Beri aku,
Rasa mahu,
Dampingi diriku,
tidak untuk singkat masa,
Namun sehingga akhir usia,
Sampai Syurga..

Syurga,
Yang aku cipta,
Dalam angan dan cinta,
Detik aku halal untuk luahkan rasa,
Apa yang mendiami jiwa,
Kamu aku tunggu sepanjang masa,
Terima kasih kerana kunjung tiba,
Dalam hari aku yang hampa...

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 328pm, 9 April 2012,NFL

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?