Posts

Showing posts from May, 2012

IRRITATED!

Irritated with the insurance companies who always getting chance to call and persuade me of getting their policies! it is not once but it has been twice to be disturbed by them. eventhough they are from different companies but hey, do i care? i don't even have extra money to play around and u are telling me to spend the money to buy your policy? HELL NO! what concern me is that, where they got my phone number?did i sell mine before. don't think so and for the rest of my lifetime won't be too stupid of doing it so!selling ur number means u r cheap enough to be disturbed by others. NO PRIVACY! hey friends out there,if u do know my number, please don't tell others. i live in a very peaceful life of not letting too many people know my number. and please respect my decision.thanks

Masyarakat

masyarakat itu komuniti, jika dinilai aspek kualiti, komuniti terpuji, ditambah akhlak berbudi, pasti ternobat terbaik serta tersuci.. aku tidak pasti, adakah masih berbaki, masyarakat yang sejati, bersih serta suci, dari penyakit dengki, dari rasuah mencengkam diri, dari noda-noda yang mengubah diri, dari seorang yang baik kepada yang keji.. dulu aku fikir, dengan hanya mengukir, sebuah puisi terakhir, tentang dunia yang semakin hampir, ke hujung yang terakhir, aku peroleh secangkir, pahala kerana mengingati pemungkir.. yang aku pasti, janji tinggal janji, kata dimungkiri.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,1207pm,15 May 2012,NFL

ABAH

Abahku dulu, cukup hebat baca buku, Eh tunggu dulu, sekarang mantap tulis buku, tentang kerjayanya dulu, seorang perancang bandar hilir dan hulu, saja kukias kan hilir dan hulu, agar puisiku, cantik serta merdu, rima itu perlu, dalam mencantikkan sajakku, kenapa ada di sini cemburu? atau berbulu dengan puisi aku? tidak kukisah dengan iri hati, tidak kugentar dengan tohmahan lagi, cukup kudrat kucoretkan lagi, tentang seorang lelaki, yang cukup berani, menentang arus moden kini, yang ajar aku jadi seperti ini, takkan kukalah menghadap bumi, sebelum aku benar-benar mati.. Abah yang disayangi, semoga setiap buku yang akan mengiringi, akan mendapat sambutan jutaan penduduk bumi, jika rezeki diberkati, insyaAllah kita buat buku sekali=) Nukilan:   Wan Naqiyyah   binti   Wan   Hassan Wan Ismail, 435pm,11 May 2012,NFL

Syurga kunanti

Resah serta gelisah, mainan perasaan yang gundah, jangan biar kalah, atau patut kukata jangan mengalah.. luas terbentang bumi Ilahi, diciptakan semua berperanan menghuni, memberi faedah sesama sendiri, jangan dilupa di sini bukan abadi.. kita susun tangga, agar naik ke menara, biar semua ternganga, melihat seorang bijaksana, masih terus gah di sana.. Namun, adakah alpa wahai teman? kita di sini tiada berkekalan, nantikan kita perlu teruskan, sebuah perjalanan, hidup dalam suatu alam, yang beda dari apa digambarkan, kerana belum sampai ke haluan.. ayuh kita mencari, Redha Pencipta abadi, agar nanti pabila kita kembali, syurgalah tempat dihuni.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,220pm, 14 May 2012,NFL

Perjalananku!

sesak dan padat, tak mungkin dapat, buat terbit rasa selamat, aku rasa amat, sempit dan mampat.. bila mahu tambah, manusia kan bercambah, jangan biar kalah, baru terngadah.. kita cuma, mahu rasa, selamat itu tersemat.. bila sempit lagi padat, selamat tak dapat, marah teramat! Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,819am,11 May 2012,LRT!

Seperti Kali Itu..

rasa sesalku, takkan pernah luput, dari ingatanku, rasa itu satu, sering membelenggu, buat aku pilu, kerana buat begitu, aku tidak mampu, beri dia waktu, untuk mencintaiku, seperti kali itu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,930am,10May2012,NFL

KAWAN SEKAKI, TEMAN SETANGAN!

bila kufikir kembali, sejak bila kita begini, berkawan rapat seperti ini, ... aku terjemah rasa hati, tidak tertanggung diri, tidak terpanggil memori.. kita kerja sampai pagi, tampal sana tampal sini, specification kita kongsi, taram buat suka hati, ayat JKR kasi kasi, tapi terbaik kami cuba bagi, biar dapat tertinggi, markah portfolio yang diidami.. biarlah seluruh studio berbunyi, kita ini geng itu dan ini, tiada yang dapat beri kami, rasa rendah diri, namun syukur kami, port folio kami, antara yang buat mdm senyum sendiri, senyum tayang gigi, HOi!mestilah markah kita tinggi, masihkah kau ingat lagi? Nukilan: WN,429pm,9May2012,NFL c/c: Muhammad Asyraf Shakhir Shain Azaryna Mohd Masita Masrud Zyla Zainal

Selamat Ulangtahun Sayang=)

Titik demi titik, Detik demi detik.. sembilan lima lapan enam, kamu semakin matang, usia akan bertambah lagi sayang, usah dikisahkan tua mendatang, kita bakal disatukan, cukuplah kita berteman, untuk kita coretkan, ... masa kini serta hadapan, memori terindah kita ukirkan.. janganlah gusar sayang, cabaran masa depan, kita tempuh bersama dengan girang, kita jalani dengan tenang.. ombak badai melanda, janganlah kita rasa, terseksa sempit merana, Adil dan saksama, Pencipta kita, Dia tiupkan rasa bahagia, yang kita rasa, dan selamanya kita bersama.. Selamat Ulangtahun sayang, kudoa agar umurmu panjang, untuk sulamkan kasih serta sayang, untuk bersama hingga akhir usia, untuk sampai ke syurga.. Nukilan:Wan Naqiyyah Wan Hassan,920am,8 MAY 2012,NFL

Setelah dan Setelah..

Setelah berjam memendam rasa, Setelah berhari merasa luka, Setelah rasa kurang selesa pergi jua, Setelah melihat adik dia, Pergi menemui Pencipta, Maka, Wan Naqiyyah meminta, maaf dari kakak tercinta, mogok dan ego dia, terlerai jua, kerana teringat adik dia, air mata menyapa, jika kakak tercinta, pergi tiba-tiba, pasti sesal sehabis usia.. p/s: minta maaf bukan kalah tandanya, tapi tanda hati kita luar biasa=)