Syurga kunanti

Resah serta gelisah,
mainan perasaan yang gundah,
jangan biar kalah,
atau patut kukata jangan mengalah..

luas terbentang bumi Ilahi,
diciptakan semua berperanan menghuni,
memberi faedah sesama sendiri,
jangan dilupa di sini bukan abadi..

kita susun tangga,
agar naik ke menara,
biar semua ternganga,
melihat seorang bijaksana,
masih terus gah di sana..

Namun,
adakah alpa wahai teman?
kita di sini tiada berkekalan,
nantikan kita perlu teruskan,
sebuah perjalanan,
hidup dalam suatu alam,
yang beda dari apa digambarkan,
kerana belum sampai ke haluan..

ayuh kita mencari,
Redha Pencipta abadi,
agar nanti pabila kita kembali,
syurgalah tempat dihuni..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,220pm, 14 May 2012,NFL

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?