Luka

Luka..
Parutnya kian pudar ditelan masa,
Kini kau ada dalam jaga mahu lena,
Mencintaku senantiasa..

Dulu tiada kusangka,
Kau adalah jodoh yang tercipta,
Mengisi ruang masa,
Yang kita ada,
Di dunia fana,
Kuharap jua,
Di alam sana..

Sayang,
Kadang penat aku bersarang,
Dalam suatu kotak ruang,
Namun pabila kau datang,
Lelah aku menghilang,
Kerana kini kau pegang,
Setiap luahan malam dan siang,
Apa sahaja yang menyerang,
Cipta hatiku tiada senang,
Kau hias agar kembali tenang..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?