walau helaian rindu antara kita,
tidak pernah senada mahu sekata,
penuh beza dan beda,
aku tidak pernah alpa,
dalam menilai cinta,datang dan pergi sesuka sahaja..

cinta yang terlahir,
bukan sekadar zahir,
namun hulu dan hilir,
tetap mengalir..

kisah antara kita,
mana mungkin kulupa,
mana mungkin kualpa,
dan mana mungkin aku tak cinta...

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 910am, 16/3/2013

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?