Abah
Dan malam semakin kelam. Sunyi serta sepi merapati. Yang masih kedengaran lagu "Ombak Rindu" duet antara Hafiz serta Adira yang sedia menjadi halwa telinga didengari dari corong kecil disumbat ke telingaku. Atau mungkin aku patut masukkan sekali bunyi kipas syiling yang cukup bertenaga menjalankan tugasnya selepas aku mencuci debu yang membantutkan keupayaannya untuk memberi perkhidmatan cemerlang sebelum ini.
Dan mengapa aku perihalkan semua di atas?Mengapa aku masih tidak dapat melenakan mata?Kerana aku telah berjanji pada suami setelah dia berpesan agar belajar untuk last paper yang masih perlu aku hadapi.
Tapi aku tidak terus meneliti nota-nota construction business yang perlu ditelaahi itu namun aku sempat singgah ke satu blog di laman sesawang dan aku menangis membaca karangan yang disiarkan di blognya. aku terdetik sesuatu. aku terdetik untuk menulis pada malam ini. dan aku memilih untuk menulis entry ini dalam bahasa melayu kerana aku rasa maksud aku akan lebih sampai dan akan lebih menerobos ke dasar hati.
Kisah ini bukanlah lama. kisah ini bermula pada tahun lalu. ada seorang lelaki yang sukakan aku. maka seperti biasa aku nyatakan bahawa jika benar akulah yang mahu dijadikan ratu di hatinya, maka beliau hendaklah bertemu abah serta mama. maka, untuk julung kalinya dalam hidup beliau, balik ke kampung dan menceritakan perihal aku kepada umi beliau dan bersungguh menceritakan tentang betapa dia sukakan aku. maka, seminggu setelah kisah itu, umi dan abah beliau datang ke kuala lumpur untuk bertemu aku.
Ketika makan malam pertama bersama keluarga beliau, aku lihat senyuman abah serta umi. aku dapat mengesan naluri penerimaan mereka terhadap aku dan sebelum makan malam berakhir, umi bertanya bila dia dapat bertemu mama dan abah untuk merisik. dan aku khabarkan kepada umi 21 April 2012 kerana aku pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku, Naemah.aku masih ingat pesan abah beliau ketika waktu makan malam, kita ikut flow. Dan inilah makan malam pertama serta terakhir aku dengan Abah.
21 April 2012,
Tepat jam 1.00 petang, rombongan merisik sampai dan abah aku menjemput mereka makan dahulu sebelum meneruskan perbincangan. Maka tarikh pertunangan serta pernikahan ditetapkan.
25 April 2012
Birthday Abah beliau yang ke 55tahun disambut di hospital kerana abah akan menjalani pembedahan tiroid.
18 May 2012
Kami pulang bersama Affiq, adik beliau yang terbang dari Mesir untuk melawat Abah yang dimasukkan ke hospital lagi kerana masih tidak sihat setelah pembedahan itu.
19 May 2012
5pagi.
Kami sampai di Hospital Tanah Merah untuk melawat Abah. Aku terkesima melihat abah terlalu pucat. Aku sedar mata Aizat serta adiknya berkaca. Aku tahu mereka juga terkejut melihat keadaan Abah yang begitu lemah.
8pagi
Abah suruh aku breakfast sebab dia tahu aku ada gastrik. dia risau jika aku sakit nanti. tapi aku tidak faham kerana suara Abah tidak lagi kedengaran. Umi yang mentafsirkan maksud body language Abah kepadaku. Aku agak ralat sebab Abah yang sakit boleh terlalu risau akan keadaan orang lain. Cukup hebat figura itu padaku.
Sepanjang hari kami berada di hospital. Pukul 10 malam barulah Aizat hantar aku pulang bersama adik-adik perempuannya untuk berehat dan dia terus kembali ke hospital untuk menjaga Abah.
20 May 2012
5pagi
Kami dikejutkan dengan berita pemergian Abah buat selama-lamanya bertemu Pencipta abadi. Aku lihat kesedihan yang melanda keluarga Aizat. Aku tahu begitu besar dugaan beliau terima di saat beliau mahu menikahi aku. Aku merasa beliau terasa begitu kehilangan seseorang yang menabur jasa begitu banyak buat beliau.
16 June 2012
Tarikh pertunangan aku namun dibatalkan atas sebab masih dalam mood berkabung. Aku faham dan ketika ini aku juga mendaftar menjadi urusetia untuk program debat parlimen.
1 September 2012
Tepat jam 10.55pg aku selamat bergelar isteri. upacara pertunangan didahului sebelum kami diijab qabul.
1 June 2013
Tepat 9 bulan kami berkahwin. Susah serta senang, duka serta riang, sempit serta lapang semua kami kongsi. Kasih serta cinta yang aku ada, aku curahkan sepenuhnya untuk insan istimewa, Mohd Aizat Kamaruzaman, suamiku, lelaki halal untukku.
Malam ini, aku terpaku, melihat tulisan mengusik kalbu. Aku teringat arwah Abah. Aku hanya sempat kenal arwah tidak sampai 2 bulan. Arwah pergi meninggalkan kenangan terindah namun arwah tidak sempat menjadi bapa mertuaku. Tapi aku patut bersyukur sekurang-kurangnya dia sempat kenal siapa Wan Naqiyyah Wan Hassan. Walau tak lama, namun aku tahu dia dapat meneka bagaimana kah peribadi aku.
Wan Naqiyyah seorang yang tegas, namun disebalik ketegasan aku, aku selalu menangis sebelum tidur untuk melepas segala bebanan perasaan. Aku titipkan sajak untuk arwah Abah. Walau beliau tidak mungkin membacanya, namun cukuplah aku tahu sesuatu, anak dia mesti membaca sajak aku. ;)
Abah
Walau seketika kita bersua,
Namun cukup buat aku terasa,
Kasih sayang antara kita,
Walau tak cukup masa..
Abah,
Walau kita sudah tak dapat bertemu,
Walau setahun telah berlalu,
Namun ingatanku,
Terhadapmu,
Tidak pernah layu..
Abah,
Terima kasih tidak terhingga,
Kerana kau menghadiahi pendamping jiwa,
Yang memberi aku rasa,
Suatu rasa bahagia,
Suatu rasa berbeza,
Suatu rasa cinta,
Dia cukup sempurna,
Dia cinta aku sahaja,
Itu cukup buat aku rasa,
Seumur hidup dilingkari bahagia,
Aku berdoa agar selamanya..
Abah,
Terima kasih kerana mendidik suamiku,
Dengan sahsiah serta ilmu,
Dengan itu,
Dia sentiasa berhemah denganku,
Dia tahu mendidikku,
Dialah suamiku,
Yang aku tunggu,
Sejak dulu...
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1249am, 2 June 2013.
p/s:
Dear bambam,
Thanks for being understanding. Thanks for being my husband. Thanks for loving me everyday. Thanks for missing me every second;P
Happy 9 months anniversary.
Hopefully, we can be together for the rest of ourlives.
I love u always;)

Comments
Post a Comment