Posts

Showing posts from April, 2014

Keropok Lekor

ya memang tak dapat aku nafikan. sejak aku berada di perantauan. apa yang aku rindu selain keluarga di Malaysia adalah makanan Malaysia. Malaysia memang kaya raya. Nikmat yang Allah SWT bagi memang tiada tara. setiap negeri ada keistimewaan juadah masing-masing. Aku rindu keropok lekor. Teringat dulu-dulu masa masih kecil, aku tak suka keropok lekor banyak ikan, hanyir rasanya. suka yang sagu banyak, jual kat gerai keropok di Kuantan. masa budak-budak baru nak up duduk kat Kuantan, so sebab tu aku tulis gerai kat Kuantan. Tapi, Bila dah besar baru aku faham, yang apa yang mama dan abah cakap masa aku budak-budak baru nak up tadi tu betul. Keropok banyak ikan lagi best dari yang banyak sagu. wah, taste bud dah berubah seiring usia uolss.. HAHAHA banyaknya juadah yang aku teringin nak makan. terkenang nak raya di perantauan ni terasa kerdil saja. semua juadah terbayang di mata. sukar nak jumpa luar Malaysia. kena google banyak-banyak resepi Malaysia ni. Nanti raya na

Make up

Make up. Muka cantik sudah. Mahu tampal banyak tak gundah. Jadi patung senyum pun tak lepas, Tersekat-sekat rasa berlengas.. Hahahaha.. Kadang-kadang pelik sangat. perempuan sekarang suka make up melebih sudu dari kuah. tampal seinci dua baru sudah. kadang color sepah-sepah atas konjuktiva. cantik ke jadi patung barbie? Entahlah. masing-masing ada pilihan masing-masing. tapi kan. bukankah haram hukumnya berhias depan ajnabi? aku pun kadang nak gak try make up. tapi tak reti. dan yang menghalang semua aktiviti nak tunjuk diri depan umum ni mestilah suami. dia cakap tak boleh make up. kadang nak pakai lipstick bagi cun sikit dia suruh oles sikit je. tak boleh terang sangat. nanti ada yang memerhati . ayat Kiah Propa!HAHAHAHA melihat kepesatan teknologi sekarang. even aku tulis ini pun dalam blog kot. canggih sgt;P. ramai perempuan nak dress up, nak make up, nak jadi putih berseri, semualah. sampai banyak je butik-butik online, kedai-kedai online perhiasan diri tumbuh bak

Kenangan

Kenangan. Suatu yang menerosok dalam ingatan. tidak pernah alpa untuk tidak berada di sana. di suatu kotak dalam minda. dan boleh juga dalam hati jua. Kenangan. Kadang-kadang tersenyum seorang. melihat kembali apa yang aku coretkan. melalui blog picisan. Kenangan. Jika tiada hari semalam, tak mungkin hari ini menjelang dan esok kan datang. tak gitu? Kenangan. Walau seburuk mana. walau tak indah. namun pasti ada suatu yang istimewa. hingga kini aku tetap coretkan. tentang masa lalu yang masih terkenang-kenang.

Takdir

Salahkah takdir jika kau miskin? Salahkah takdir jika kau malas? Salahkah takdir jika kau masih dakap udara, Salahkah takdir bila kau terus-terusan leka? Takdir tak salah, Takdir tak bawa kau ke jalan hina, Kau yang ciptakan suasana, Kau yang pandai mereka, Kau yang tidak reti guna minda.. Takdir tak salah, Kau yang malas usaha, Kau yang malas kerja, Kau yang malas mencari wang belanja.. Takdir manusia, Tak siapa tahu teka, Tak siapa meminta, Tidak diberi mewahnya suasana, Namun semuanya ujian yang Esa.. Kau kaya, Kau miskin papa kedana, Kau hanya hamba, Kepada Pencipta.. Sedarlah diri, Walau manapun kau berdiri, Jangan terlalu hidung tinggi, Tak selamanya aku miskin begini.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1156pm, 28/4/2014

Taubat Nasuha

Insan hina, tidak lepas berbuat dosa, namun aku percaya, Dia maha pengampun, Maha pengasihani, Maha pemurah.. Insan hina, tidak alpa mencedera, hati ibu bapa, hati yang dekat dengannya, hati mereka yang setia, mendoa terbaik buatnya.. Insan hina, bangun dari lena, belum sampai masa, masih sempat kau bersih semua, taubat masih terbuka, pintu itu masih belum terkunci buat selamanya, sila buka, cuci semua dosa, kuncinya Taubat Nasuha.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1033pm, 27/4/2014

Angan

sering berangan, itu aku, sering bermimpi, untuk memiliki, untuk mimpi tadi, menjadi realiti, masih jua aku.. aku sering mimpi, agar suatu masa nanti, dapat aku realisasi, semua yang aku impi.. biarlah sejuta lautan manusia di dunia, mencerca dengan seribu kata, biarlah aku jadi umpatan mereka, mereka bukan neraca, untuk bawa aku selekoh ke neraka.. aku diberi akal olehNya, melihat dunia konteks berbeza, dengan mereka yang tidak percaya, akan suatu masa kan tiba, kita semua akan tidak lagi bisa, terus hirup udara, dalam dunia fana.. akan tiba, tapi bila, aku tidak diberi kuasa, membuka rahsia Maha Esa, mohon bila tiba, aku tidak didalam leka, tidak didakap selesa, tidak hanyut dalam mewahnya dunia, namun tawaduk menunggu habis usia, dalam kalamNya, dalam lindunganNya, dalam rahmat serta cintaNya.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1024pm, 27/4/2014

Menghargai

Menghargai. Bukan tunggu esok, lusa mahupun tahun depan, Namun sekarang, saat ini, detik ini, Seseorang yang Allah utuskan untuk bersama, Dalam suka mahu duka, Adalah yang selayaknya, Diberi rasa percaya.. menghargai tidak sukar, menghargai tidak payah, menghargai tidak sulit, menghargai perlu sedikit hati, bancuhan nurani setia, beralah bila detik tiba.. sering dengar bila sudah tiada di sisi, sudah pergi dijemput Ilahi, baru tergadah mencari, baru terperasan sendiri, bahawa insan yang diutuskan tadi, memberi kesan di hati, yang tiada siapa mampu mengganti.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1004pm, 27/4/2014

Ujian

setiap manusia di dunia diberi ujian yang semampunya, melihat, mendengar, membaca, meneruskan kehidupan dunia.. banyak yang memberi aku pengajaran. terbaru kisah kemalangan sepasang suami isteri yang menanti kehadiran cahaya mata. anak dalam kandungan terkeluar dari rahim kerana hentakan kuat, meninggal. si isteri terpaksa dibedah untuk mengeluarkan bayi dan beliau juga terpaksa dibedah untuk mengeluarkan rahimnya yang parah akibat kemalangan itu. aku menangis. aku tetap menangis. walau aku membaca berita itu di muka buku semalam. tapi hari ini masih ada yang berkongsi di ruang muka buku, sekali lagi aku sebak. ujian manusia berbeza, anak dikandungnya menunggu di syurga, aku pula? pelbagai rasa kecamuk jiwa, mohon diberi petunjuk, mencari cinta, dari diriNya..

Termetrai

hubungan kita, semakin mekar bertakhta, dalam jiwa.. hubungan kita, bila bermula, tiada kuteka, tidak terjangka.. hubungan kita, sehingga bila, tidak mampu diteka, namun berkat doa, dari kita, dari ibubapa, dari mereka tercinta, aku harap sampai syurga.. Termetrai janji hidup sekali, meneroka dunia berteknologi, menerjah modenisasi, moga dilindungi Ilahi, tidak didakap haluan kiri.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1243am, 24/4/14

Cinta

Cinta itu rasa, Mendiami jiwa-jiwa, Mengusik rasa manusia, Semuanya bahagia... Cinta itu angan, Mimpi kini berteman, Bual kini tidak keseorangan, Rasanya hebat seakan mahu terbang di awan.. Cinta itu ubat paling berkesan, Namun jika duka berterusan, Jika derita yang meneman, Percayalah itu bukan, Cinta yang aku harapkan.. Cinta itu alami, Rasalah sendiri.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 12.36am, 24/4/14

Erti

Mencari erti semalam, Ke mana menghilang senja, Hati tersentak berselindung duka, Tak siapa dapat duga.. Menelusuri ranjau semalam, Hanya terbayang bayang-bayang, Mereka yang aku harapkan, Bersama hingga akhir waktu, Namun itu tak berlaku, Mereka tidak mampu, Untuk menunggu... Menembak rasa kini, Terasa bahagia melingkari, Namun pabila terjebak memori, Rasa rimas menyelimuti, Mengapa terpanggil semua ini? Sehingga saat ini, Puisi ini, Masih tergambar erti, Sebuah luka tiada penyembuh abadi, Sebuah memori yang cipta aku kini, Sebuah cerita yang ingin aku kongsi, Namun bukan dalam puisi ini, Namun bukan dalam digital diari... Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 12.24am, 24/4/14

DO NOT DISTURB

Assignments As a student assignments are essential things to be done. As for this moment, i have not finished them. Still searching the information and gather here and there and still searching for the right mood to start again and again. Seriously i need extraordinary power to finish them. lol. kekekekekkekeke 'Assignment Mood' and 'Hardworking Mood' come to mummy...kekkekeke .......ASSIGNMENT MOOD IS ON............. -----DO NOT DISTURB-------

Printer

I have never once had a printer before. Sometimes, i thought of buying it to ease my work. However, i kept delaying to have one because when i was in UIA I have a lot of sources to do printing. However, when i am here, i think it is really troublesome of not having one. Thus, I need to buy one like seriously! Some people do not understand between a need and a want.  NEED-necessity good/service to keep on living (survive) WANT- probably necessary to buy/ just a lust of buying/ could be too many discounts on sale. Therefore, i rank the PRINTER as a NEED as i need it to survive as a student.