Rezeki itu dari Tuhan

Rezeki itu dari Tuhan,
Siapa kau mahu tentukan,
Siapa kau mahu sekatkan,
Tiada yang mampu menghalang,
Apa yang telah Dia tentukan..

Rezeki itu dari Tuhan,
Ada rumah tak perlu berpanas hujan,
Ada kereta tak perlu lenguh berjalan,
Ada semua yang diimpikan..

Rezeki itu dari Tuhan,
Ada yang zuriat masih dinantikan,
Ada yang dapat dibuang-buang tepi jalan,
Ada yang sehingga kini masih tidak berteman...

Rezeki itu dari Tuhan,
Ada yang berjaya lanjut pelajaran,
Ada yang kecundang di tengah jalan,
Ada yang perniagaan berjaya bertebaran..

Rezeki itu dari Tuhan,
Tak perlu kau tanyakan,
Aku pun tiada jawapan,
Kan telah kucoretkan,
Rezeki itu dari Tuhan...

Dia Maha mengetahui sekalian alam..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1153am, 9 Jun 2014

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?