Posts

Showing posts from February, 2015

Study

This will be my last semester of Master Degree studies. I have completed two semesters. Another semester to go. The stress level is therefore increases as the final semester means a dissertation should be submitted. Dissertation for me is not an easy task. It requires a lot of effort which for a lazy bum like me, do not like. HaHa. My supervisor agrees on the topic that I want to do but when I went to a tutorial session last week the tutor said the topic is too common. I spoke to my supervisor back and told what has been commented by the tutor. He said he has no problem with the topic but I must also consult the tutor as the research proposal that should be submitted next week might be marked by the tutor because my supervisor will only mark my dissertation as a whole. These few days, I was not that fit in health. the weather is too cold. I had headache, increase in body temperature, uneasy symptoms at my throat. please pray for me. I want to do my work=) Alhamdulillah, I have

suami

Suami, Allah hadiahi, Cukup melengkapi, Aku di sini.. Kadang aku tangis sendiri, Bersyukur atas hadiah ini, Suami aku melayani, Aku seakan puteri, Kadang lebih dari permaisuri.. Suami aku orang biasa, Tapi cinta yang dia punya, Cukup istimewa, Melingkari aku dengan bahagia.. Kadang kusendiri, Menulis di sini, Terfikir sampai bila suami, Akan terus di sisi.. Semalam aku berbicara, Tentang bila tiba masa, Aku akan pergi dari dunia, Takutnya berada dalam alam berbeza, Dia mungkin tidak lagi bersama.. Suami aku berkata, Doa sentiasa, Solat wajib dikerja, Jangan dilupa sunat yang ada, Mengaji jangan alpa, Biar terang alam di sana, Biar abang tiada, Tapi sayang pasti akan selesa.. cerita suami isteri, menanti cahaya hati, namun jika tiada rezeki, aku mohon bila aku pergi, masih ada yang hadiahi, doa tidak henti.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1017pm, 19 February 2015, Manchester,UK
jatuh, berderai, bersepah, tak sudah.. tangis aku, tak siapa tahu, rindu bertamu, tak siapa mahu.. beri aku cinta, untuk aku kecap bahagia, walau sedetik cuma, aku tetap mahukannya.. dulu aku kecewa, kini aku bahagia, ujian yang melanda, Allah gantikan permata.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 100am, 4 February 2015, Manchester, UK

Kerana rindu aku turutkan

Lagi 2 hari cukup setahun aku berada di sini. Cukup setahun aku melambai mama dan abah di KLIA. Cukup setahun tidak bertemu mereka. Rindu membuak-buak di dada. Kasih sayang ibu dan bapa hingga ke syurga. Tidak terbalas rasanya jasa mama dan abah. Jika aku miliki 'calculator' tercanggih di dunia fana ini pun, tiada mungkin aku dapat mengira jerih perih, jasa, deraian manik air mata mereka untuk diri aku. Seorang yang bergelar mama, sanggup berkorban apa sahaja untuk anak terc inta. Bila anak sakit derita, dialah yang di sisi sentiasa, dialah penyembuh luka. Seorang abah yang hebat, bila anak diuji kuat, kerja pun tak jadi buat, terus terbang bertemu anak. Aku ingat, aku masih ingat dan aku akan terus ingat pengorbanan mama dan abah. Takkan aku boleh lupa, Demam aku mama dan abah jaga, Takkan aku boleh lupa, Setiap cebis cinta, Dari kamu berdua.. Takkan aku boleh lupa, Setiap jiwa dan raga, Setiap duit belanja, Setiap cebis selesa, Dari kalian berdua.. Takkan aku