Kerana rindu aku turutkan

Lagi 2 hari cukup setahun aku berada di sini. Cukup setahun aku melambai mama dan abah di KLIA. Cukup setahun tidak bertemu mereka. Rindu membuak-buak di dada.
Kasih sayang ibu dan bapa hingga ke syurga. Tidak terbalas rasanya jasa mama dan abah. Jika aku miliki 'calculator' tercanggih di dunia fana ini pun, tiada mungkin aku dapat mengira jerih perih, jasa, deraian manik air mata mereka untuk diri aku.
Seorang yang bergelar mama, sanggup berkorban apa sahaja untuk anak tercinta. Bila anak sakit derita, dialah yang di sisi sentiasa, dialah penyembuh luka.
Seorang abah yang hebat, bila anak diuji kuat, kerja pun tak jadi buat, terus terbang bertemu anak.
Aku ingat, aku masih ingat dan aku akan terus ingat pengorbanan mama dan abah.
Takkan aku boleh lupa,
Demam aku mama dan abah jaga,
Takkan aku boleh lupa,
Setiap cebis cinta,
Dari kamu berdua..
Takkan aku boleh lupa,
Setiap jiwa dan raga,
Setiap duit belanja,
Setiap cebis selesa,
Dari kalian berdua..
Takkan aku boleh lupa,
Apa yang kalian cipta,
Untuk ukir senyum di muka,
Untuk aku bangkit dari kecewa....
Pernah tak terlintas di fikir kamu teman. Banyak ruang dan peluang yang ibu bapa kita lepaskan. untuk pastikan yang kita di hadapan.
Tidakkah syukur wujud di hatimu teman atas anugerah Tuhan, ada yang langsung tidak diberi peluang bermanja dengan kedua insan, ada yang tidak lagi mempunyai ruang yang dulunya dipinjamkan..
Aku lafaz Alhamdulillah,
Syukur diberi peluang,
Syukur masih ada ruang,
Untuk terus berkasih sayang,
Dengan mama dan abah tersayang...
Hormatilah ibu bapa.
Dulu kita ada belajar Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA). tak perlu kelentong teman-teman korang tak belajar. Ala takkan dah lupa proses-proses menghafal isi-isi untuk dibacakan kembali depan ustaz/ustazah. Ada satu tajuk tulis pasal derhaka pada ibu dan bapa adalah dosa besar kan. Maka, hormatilah mereka, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kita, kirimkan doa sentiasa.
p/s: maaf untuk status panjang ini. saya rindu mama dan abah tak terhingga. tak sabar ingin bertemu mata, doakan qiqi berjaya Wan Hassan Wan Ismaildan Nor Mariah Embong

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?