Posts

Showing posts from June, 2017

140608

Memori aku, Pasti wujud kamu, Walau bertahun berlalu, Namun wujud itu, Memori itu.. Kemasan diari, Pasti terselak memori, Tercuit hati, Terakam kembali, Seakan wayang hindi.. Memori aku, Memori kamu, Tetap satu, Tetap teringat waktu, Kau dan aku, Dalam dunia rindu, Suatu masa dahulu.. Kini kita punya beda, Aku ada cita, Mahu kecapi semua, Kau juga ada, Kesayangan si manja.. Kisah kita, Walau bertahun lagi, Allah hadiahi, Untuk menghirup udara duniawi, Tetap terasa di sanubari, Mengapa dulu kita sama-sama lari, Kau ke kanan dan aku ke kiri.. Doa aku, Redha Dia, Adalah seluas semesta, Yang aku puja, Untuk kebaikan kita.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 917am, 14062017

LARI

Kurentap rindu, Dalam hiburan kalbu, Ku mahu kau tahu, Aku ada selalu, Mengingati detik itu, Saat kau dan aku, Bersatu dalam bait lagu, Bermesra dalam suara rindu.. Kucampak waktu, Saat kita bertemu, Jauh kuingat jarak beda, Namun kau dekatkan semua, Untuk aku rasa, Kita tiada beza.. Kupergi halaman pilu, Kerana rindumu bukan untukku, Perginya kau dariku, Kerana kebutuhan restu.. Aku redha takdir ini, Kerana yang terbaik kau miliki, Aku hanya sipi-sipi, Aku perlu lari, Setelah cinta kau untukku pergi... Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 952am, 2 Jun 2017
Kucuba kait rindu, Darimu untukku, Ternyata pilu, Merengut aku.. Kucuba bayang bahagia, Tatkala aku muncul jua, Walau sesaat cuma, Dalam benakmu, Ternyata itu tiada, Aku terlalu meminta.. Nukilan : Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan