LARI

Kurentap rindu,
Dalam hiburan kalbu,
Ku mahu kau tahu,
Aku ada selalu,
Mengingati detik itu,
Saat kau dan aku,
Bersatu dalam bait lagu,
Bermesra dalam suara rindu..

Kucampak waktu,
Saat kita bertemu,
Jauh kuingat jarak beda,
Namun kau dekatkan semua,
Untuk aku rasa,
Kita tiada beza..

Kupergi halaman pilu,
Kerana rindumu bukan untukku,
Perginya kau dariku,
Kerana kebutuhan restu..

Aku redha takdir ini,
Kerana yang terbaik kau miliki,
Aku hanya sipi-sipi,
Aku perlu lari,
Setelah cinta kau untukku pergi...

Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 952am, 2 Jun 2017

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?