Rindu
Rindu membuak membuat aku sesak,
Sesak dalam kenangan yang indah,
Sesak dengan setiap bicara semalam,
tentang sebuah empayar kehidupan yang aku mahukan..
Sebuah mimpi,
Sebuah rindu tiada tepi,
Membuai rasa nurani,
Membuat aku nukil lagi,
Tentang sebuah rindu yang terjemah hati..
Rindu aku ada,
Seakan bunga,
Berkembang mekar mengikut usia..
Rindu yang aku punya,
Seakan api yang membara,
Marak dan semakin menyesak jiwa,
Kerana Kenangan lama,
Mana mungkin menghiasi dunia..
Rindu itu memberi cahaya,
Tentang harapan yang tertanam lama,
Tentang kamu, aku dan dia,
Tentang kita..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.26am, 12 Dec 2017
Sesak dalam kenangan yang indah,
Sesak dengan setiap bicara semalam,
tentang sebuah empayar kehidupan yang aku mahukan..
Sebuah mimpi,
Sebuah rindu tiada tepi,
Membuai rasa nurani,
Membuat aku nukil lagi,
Tentang sebuah rindu yang terjemah hati..
Rindu aku ada,
Seakan bunga,
Berkembang mekar mengikut usia..
Rindu yang aku punya,
Seakan api yang membara,
Marak dan semakin menyesak jiwa,
Kerana Kenangan lama,
Mana mungkin menghiasi dunia..
Rindu itu memberi cahaya,
Tentang harapan yang tertanam lama,
Tentang kamu, aku dan dia,
Tentang kita..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.26am, 12 Dec 2017
Comments
Post a Comment