Hanya Tuhan Tahu
Hanya Tuhan tahu gelora hati aku,
Hanya Dia mengerti aku pura-pura tidak apa-apa,
Namun sedih dan kecewa,
Merantai jiwa..
Aku berlakon dalam pentas maruah untuk dijulang,
Aku mahu kembali menjalani hidup semalam,
Namun rasa bebas terbang seakan lebih lapang..
Sedih dan hiba,
Permainan jiwa,
Namun kenapa aku sukar tangis duka,
Adakah sudah mati cinta,
Segala memori indah bertukar luka,
Bernanah dalam tanpa suara..
Tuhan tunjukkan yang terbaik untukku dan anakku tercinta..

Comments
Post a Comment