Posts

Showing posts from May, 2019

Biar

Biar apa orang kata, Biar aku rasa, Biar mereka berdusta, Biar aku kata benar belaka.. Biar dusta melata, Biar hati aku menderita, Biar semua simpan berita, Biar aku merana.. Biar meraka tahu, Biar mereka tahu, Biar mereka tahu, Fitnah itu membunuhku... Biar aku pergi, Biar mereka sesali, Biar mereka sedari, Aku bukan malaikat di sini, Aku berhak rasa kecil hati, Dengan tiap luka yang mereka torehi... Biar.. Biar mereka tahu aku menderita, Dengan tindakan khianat yang mereka lakukan sendiri, Buat anak mereka yang mereka anggap jahat ini.. Biar apa nak jadi.. Biar mereka tanggung sendiri, Tiap tindakan berpaksi, Jin dan ustaz jadian duniawi! Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 1041am, 24 May 2019

Bongkah percaya

Bongkah percaya, Mana melata? Aku terasa beban merana, Akibat kau hilang tiada jumpa.. Bongkah percaya, Kenapa mencair suka, Kenapa segunung rindu pergi jua.. Bongkah percaya, Mana ibu bapa? Mana rasa kecewa, Mana pergi semua.. Bongkah percaya, Tak dapat aku teka, Rasa yang mencela, Rasa yang dia juara, Juara pecah belah keluarga, Juara porak peranda rumah tangga.. Kau perosak bongkah percaya, Kau benam aku dalam tasik duka, Kau buat aku berdendam terluka...... Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan. 2.16pm, 23 Mei 2019

Buang

Buang aku jauh ke lautan, Biar kemasinan lautan bersatu kemasinan mutiara jernih dari mataku.. Buang aku jauh ke angkasa, Biar aku dapat teroka, Tiap bibit bicara, Kenapa aku difitnah sedemikian rupa.. Kecewa dan terguris jiwa, Sudah lama aku tidak rasa, Namun kini semuanya, Membarah dalam lubuk terdalam jiwa.. Tiada zarah percaya, Sangsi belaka, Campak sahaja aku ke neraka, Kerana hilang keluarga, Mana mungkin sama, Hilang mereka yang pernah aku cinta.. Paling tidak dapat aku terima, Hilang sebuah percaya, Mana pergi kasih sayang pada aku sekeluarga, Dibuang jauh dari mata, Dibiar tidak dilaungkan berita, Kerana percaya membabi buta, Sesuatu yang tiada rupa namun suara bergema.. Jika aku dianugerah kuasa, Takluk seluruh isi dunia, Aku mahu semua ada, Saat aku berjaya.. Namun secebis hati aku yang terlalu kecewa, Mana mungkin terubat dengan sesaat cuma, Jutaan purnama tidak mungkin bisa, Atau patut aku kata, Buat selamanya ia tetap berdarah terluka.