Buang

Buang aku jauh ke lautan,
Biar kemasinan lautan bersatu kemasinan mutiara jernih dari mataku..

Buang aku jauh ke angkasa,
Biar aku dapat teroka,
Tiap bibit bicara,
Kenapa aku difitnah sedemikian rupa..

Kecewa dan terguris jiwa,
Sudah lama aku tidak rasa,
Namun kini semuanya,
Membarah dalam lubuk terdalam jiwa..

Tiada zarah percaya,
Sangsi belaka,
Campak sahaja aku ke neraka,
Kerana hilang keluarga,
Mana mungkin sama,
Hilang mereka yang pernah aku cinta..

Paling tidak dapat aku terima,
Hilang sebuah percaya,
Mana pergi kasih sayang pada aku sekeluarga,
Dibuang jauh dari mata,
Dibiar tidak dilaungkan berita,
Kerana percaya membabi buta,
Sesuatu yang tiada rupa namun suara bergema..

Jika aku dianugerah kuasa,
Takluk seluruh isi dunia,
Aku mahu semua ada,
Saat aku berjaya..

Namun secebis hati aku yang terlalu kecewa,
Mana mungkin terubat dengan sesaat cuma,
Jutaan purnama tidak mungkin bisa,
Atau patut aku kata,
Buat selamanya ia tetap berdarah terluka.....

Sayap aku sudah patah sebelum aku kuak untuk terbang di angkasa,
Sayang aku parah sebelum aku kuat untuk bertemu Maha Esa....

Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 2.11pm, 2 May 2019

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?