Habitat

Habitat,
Ruang untuk aku berehat,
Ruang untuk aku rasa selamat,
Ruang untuk aku terus lawat,
Untuk setiap detik sebelum aku pulang ke kampung abadi..

Habitat,
Ruang untuk aku mencari,
Erti sebuah mimpi,
Erti kekalutan duniawi,
Erti sebuah famili..

Habitat,
Kau campak aku beribu batu jauh,
Tempat aku berhabitat,
Tetap aku ingat,
Tetap aku mahu ingat..

Habitat,
Dari suatu tempat,
Ke tempat yang makin selamat,
Aku tetap ingat,
Tempat selamat itu,
Adalah dalam pelukan yang hangat,
Setiap satu dari kita saat kilat tak ingat,
Aku masih ingat..

Habitat,
Ingat itulah pengakhiran dunia,
Pada suatu malam jumaat,
Tempat itu aku rasa paling selamat,
Ayah bonda bersama,
Semua masih di peraduan,
Mungkinkah esok masih ada..

Habitat,
Walau kecil hingga tetap melekat,
Walau buruk dan usang berkulat,
Namun yang paling dekat,
Di hati yang perlu dirawat,
Adalah gema jerit gaduh itu,
Adalah gema rebut peha itu,
Adalah gema aku tahu,
Mungkin gema terakhir dari aku..

Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.04am, 16 Ogos 2019


Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?