Syukur
Tiap yang bernyawa,
Pasti diuji Maha Esa,
Diuji senang duit melimpah tiada tara,
Diuji susah duit nak minum pun tiada..
Tiap yang bernyawa,
Diuji Sang Pencipta,
Diuji sakit tiada ubatnya,
Pelbagai sengsara menyelimuti usia..
Tiap yang bernafas di dunia,
Telah dikhabar oleh Maha Kaya,
Di sini kita dipentas ujian berjela,
Agar yang sabar dan redha,
Diberi pahala yang berganda,
Syurga yang dirindui semua..
Biar diuji sentiasa,
Supaya kental jiwa raga,
Biar syukur itu mainan jiwa,
Biar redha itu sesungguhnya..
Aku bersyukur akan tiap anugerah,
Yang Maha Esa curah,
Buat aku terus menongkah,
Mencari sinar dalam langkah,
Menemui Dia Yang Maha Pemurah..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.29am, 24/2/2020
Pasti diuji Maha Esa,
Diuji senang duit melimpah tiada tara,
Diuji susah duit nak minum pun tiada..
Tiap yang bernyawa,
Diuji Sang Pencipta,
Diuji sakit tiada ubatnya,
Pelbagai sengsara menyelimuti usia..
Tiap yang bernafas di dunia,
Telah dikhabar oleh Maha Kaya,
Di sini kita dipentas ujian berjela,
Agar yang sabar dan redha,
Diberi pahala yang berganda,
Syurga yang dirindui semua..
Biar diuji sentiasa,
Supaya kental jiwa raga,
Biar syukur itu mainan jiwa,
Biar redha itu sesungguhnya..
Aku bersyukur akan tiap anugerah,
Yang Maha Esa curah,
Buat aku terus menongkah,
Mencari sinar dalam langkah,
Menemui Dia Yang Maha Pemurah..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.29am, 24/2/2020
Comments
Post a Comment