Syurga Kita
Rasa itu, Adalah sesuatu, Merindu detik itu, Saat semua menjadi cukup indah buatku.. Cuaca itu, Dingin itu, Bau itu, Pandang aku cukup indah berlagu.. Aku mahu, Kembali saat itu, Cukup rindu udara itu, Cukup rindu sampai terawang mindaku.. Mohon Allah SWT kurnia, Cukup segala untuk merasa, Kembali segar udara, Kembali segar mata, Kembali segar semuanya.. Saat rindu bertakhta di jiwa, Aku tahu aku suka tentang suatu masa, Tika kau, aku dan dia bersama, Dalam suatu ruang masa, Di tempat seakan syurga, Syurga kita.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 10.56am, 17 July 2020