Sakit
Sakit..
Fizikal tiada terluak isi,
Terpendam emosi,
Suatu tak terjemah erti,
Kesannya aku rasa mati..
Sakit..
Mati itu menjadi mimpi,
Ilusi igauan sehari-hari,
Mati itu pasti,
Tapi difikiri menyerabut emosi..
Sakit..
Kesannya sampai kini,
Ada masa terkenang kembali,
Cuba dilontar ke mentari,
Biar memori berduri,
Mencair dek bahang sang matahari..
Sakit..
Diari luka menyepi,
Biarlah kau terus terpencil,
Sehingga saat aku dipanggil..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.08am, 9 Julai 2020
Fizikal tiada terluak isi,
Terpendam emosi,
Suatu tak terjemah erti,
Kesannya aku rasa mati..
Sakit..
Mati itu menjadi mimpi,
Ilusi igauan sehari-hari,
Mati itu pasti,
Tapi difikiri menyerabut emosi..
Sakit..
Kesannya sampai kini,
Ada masa terkenang kembali,
Cuba dilontar ke mentari,
Biar memori berduri,
Mencair dek bahang sang matahari..
Sakit..
Diari luka menyepi,
Biarlah kau terus terpencil,
Sehingga saat aku dipanggil..
Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 11.08am, 9 Julai 2020
Comments
Post a Comment