Posts

Showing posts from December, 2020

Kisah Semalam

 Kisah semalam, Mana mungkin menghilang, Dari suatu kotak ruang, Sentiasa kujulang.. Kisah semalam, Ingin kubukukan, Biar ada kenangan, Sebuah catatan.. Kisah semalam, Aku ingin berlari riang, Namun luka bersarang, Membuat hilang, Sebentuk girang.. Kisah semalam, Biar semua kembali tenang, Kadang datang, Mengusik dan mengulang, Pulang, Ruang dan Peluang, Takkan pernah hilang.. Kisah semalam.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 9.57am, 18 December 2020

Pernah?

Pernah hadir dalam benakmu, Suatu waktu telefon bimbitmu, Tidak ada lagi notifikasi yang kamu tunggu, Tiada lagi pesanan dari kedua orang tuamu, Tiada lagi kata-kata manja dari tercintamu.. Pernah rasa sendiri? Pernah rasa suatu sepi? Pernah rasa cebis sunyi? Kosong , kosong yang tidak terisi.. Bila masih punya pesanan, Bila masih punya saranan, Bila masih punya nasihat, Bila masih punya rakaman, Suara itu, Cerita itu, Rajuk itu, Gaduh itu, Peganglah, Peluklah, Erat dan ketat.. Dunia ini tiada abadi, Semua bakal diambil kembali, Setiap satu yang dipunyai, Jangan kau terduduk meringkuk sepi, Bila semuanya tiada lagi meriahkan suasana tadi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 4.19pm, 17 December 2020

Pernah Ada

Pernah detik itu, Hadir dalam hatiku, Saat kau pergi, Aku sendiri, Munajat kepada Ilahi, Agar kau kembali, Mengisi ruang sepi.. Pernah detik itu, Menampar aku beribu, Memohon kau jodohku, Namun tidak begitu.. Pernah terjadinya waktu, Detik terluka bila bersatu, Tapi bukan dengan aku, Dengan dia yang aku tahu, Jauh lebih layak bersamamu.. Pernah wujud waktu, Aku berdoa agar bila namamu, Tersebut dalam hariku, Tiada getaran dalam kalbu, Biar luka aku beku, Biar bahagia turut dampingku.. Pernah kau di situ, Di hatiku.. Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 3.58pm, 17 December 2020

LAGU

 Apabila mendengar lagu, kita seakan dapat kembali ke suatu waktu ketika kita mula-mula menikmati bait-bait lagu itu. Lagu ini membawa aku ke tahun itu, lagu ini membuai aku ketika aku dibuai rindu. Semua pun dalam lipatan kenangan. Lembaran memori itu akan tetap di situ dan terbuka tika terdengar lagu yang membuai rasa ketika semua itu mengusik jiwa. Lagu yang bagus susunan melodi dan lirik memberi kesan kepada emosi. Seakan memujuk tika rajuk, seakan mengiyakan tika perlu sokongan. Tika dibuai rasa sedih, ada lagu yang membuai rasa sedih itu namun ada juga lagu yang beri motivasi untuk tidak lagi bersedih. Kita berhak memilih. Jika dilihat apa yang aku lakukan, aku akan melayan perasaan itu dengan mendengar lagu yang seakan memujuk rajuk, kemudian bila sudah tepu begitu, akan kudengar lagu yang boleh menjentik semangat untuk teruskan perjalanan di dunia. Tiap manusia tak sama minat dan cara. Itu cara aku. Cara orang lain pasti beda. Aku suka lagu yang aku dengar ketika dalam perjalan

Tersesat Dalam Rindu

Bila mahu berakhir, Agar dapat aku kembali, Pada suatu memori, Yang teguh berdiri, Dalam kotak sanubari.. Dalam sejuta kata, Dalam sejuta rindu, Tempat itu salah satu, Mengamit rasa pilu, Terlalu dalam rindu aku, Akan sebuah kenangan lalu.. Bauan udara, Kedinginan suasana, Rindu terus jelma, Teringat setiap saat berada, Saat aku suka, Tiap satu aku rindukan suasana.. Saat tersesat jalan, Menaiki bas keseorangan, Jauh pergi meninggal mimpi, Mengapa jauhnya suasana, Mengapa jauhnya masa, Tidak bertepian rindu ini, Terusan mengetuk akal fikir, Bila mahu berakhir? Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 9.00am, 7 December 2020