Tersesat Dalam Rindu

Bila mahu berakhir,

Agar dapat aku kembali,

Pada suatu memori,

Yang teguh berdiri,

Dalam kotak sanubari..


Dalam sejuta kata,

Dalam sejuta rindu,

Tempat itu salah satu,

Mengamit rasa pilu,

Terlalu dalam rindu aku,

Akan sebuah kenangan lalu..


Bauan udara,

Kedinginan suasana,

Rindu terus jelma,

Teringat setiap saat berada,

Saat aku suka,

Tiap satu aku rindukan suasana..


Saat tersesat jalan,

Menaiki bas keseorangan,

Jauh pergi meninggal mimpi,

Mengapa jauhnya suasana,

Mengapa jauhnya masa,

Tidak bertepian rindu ini,

Terusan mengetuk akal fikir,

Bila mahu berakhir?


Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 9.00am, 7 December 2020


Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?