Bahagia Itu Rasa

Usahlah gusar,
Berkira-kira mahu memberi,
Kerana apa dirasa,
Dalam memberi ada bahagia..

Bahagia itu bukan suatu hadiah,
Bahagia itu rasa,
Hanya mereka yang tahu syukur,
Rasai sebuah rasa tercipta..

Rasa tercipta melingkari saat Si Dia memberi,
Kita didakap suka dan duka,
Itu semua atas ihsanNya,
Peluklah apa saja rasa,
Yang dikurnia..

Aku dakap bahagia,
Aku peluk derita,
Aku selimut hati,
Agar hati-hati,
Biar sanubari dilukai,
Namun fizikal masih teguh berdiri,
Sihat serba segi,
Namun luka tak terlihat mata,
Pasti sembuh jika redha itu kau ada..

Nukilan: Wan Naqiyyah Binti Wan Hassan, 2.37pm, 2 Februari 2021

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?