Posts

Showing posts from August, 2024

Izinkan Aku Ukir Senyuman

Izinkan aku ukir senyuman, Dalam luka semalam, Biar tampak seakan idaman..   Izinkan aku ukir senyuman, Dalam sebuah taman, Burung-burang berterbangan, Biar tampak seakan syurga idaman..   Izinkan aku ukir senyuman, Biar luka itu aku simpan, Biarlah berlalu sebuah alasan, Mengapa kisah itu masih dalam lipatan..   Izinkan aku ukir senyuman, Biar bahagia aku sezaman, Biarlah aku rasa sebuah harapan, Yang aku simpan, Menjadi kenyataan..   Nukilan: WN, 2.16pm, 3 May 2024        

Merdeka Bagi Aku

Menelusuri sungai yang damai, Mendaki Banjaran Titiwangsa yang permai, Menyelam ke dasar yang landai, Membina istana pasir di tepian pantai,   Menghayati lagu kegemaran keudara, Membeli belah di pasar raya, Mengemudi kereta ke tempat kerja, Menghantar permata menimba ilmu di pra mahupun menara, Menikmati segala juadah teristimewa, Melancong ke sini sana..   Merasa sayu saat takbir bergema, Meraikan raya pelbagai bangsa, Nikmatnya cuti buat semua, Hidup serumpun tersangat selesa, Bertuahnya bumi kita..   Jika merdeka tidak menjelma, Masih adakah kenangan kita? Masih adakah rasa damai di jiwa?   Pernah juga diragut seketika, Detik Covid melanda dunia, Merdeka itu bebas meneroka, Tapi tika saat itu menjelma, Semuanya….tidak seperti biasa..   Bagi aku, Ini adalah dari lubuk terdalam nuraniku.. Merdeka itu rasa damai dalam jiwa, Rasa selamat untuk meneroka, Rasa gembira menabur jasa, Rasa bertuah di bumi kita, Rasa bangga m

...ANG

Berikan aku sedikit peluang, Agar kukenal erti riang, Nikmati saat gemilang, Mancari ilmu terbilang, Bersama teman tersayang..   Berikan aku sedikit masa, Untuk aku nikmati udara, Berikan aku sedikit ruang, Untuk aku dapat pulang, Untuk aku ulang, Rasa indah bersama tersayang..   Berikan aku sedikit waktu, Untuk aku kenal kamu, Untuk aku rasa pilu, Untuk aku kenal siapa bersamaku..   Berikan aku secebis rindu teman, Agar kamu dapat luang, Agar aku tetap punya peluang, Untuk terus berjuang, Sebelum aku dipanggil pulang, Untuk ke suatu ruang, Yang dipanggil liang..   Teman, terus doa untuk aku, Sekurangnya dapat kukhabarkan pada Dia, Kamu utuh bersamaku, Tika Israel musnahkan ruang, peluang, riang, gemilang, terbilang dan tersayang..   Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 1122am, 13 August 2024