Merdeka Bagi Aku

Menelusuri sungai yang damai,

Mendaki Banjaran Titiwangsa yang permai,

Menyelam ke dasar yang landai,

Membina istana pasir di tepian pantai,

 

Menghayati lagu kegemaran keudara,

Membeli belah di pasar raya,

Mengemudi kereta ke tempat kerja,

Menghantar permata menimba ilmu di pra mahupun menara,

Menikmati segala juadah teristimewa,

Melancong ke sini sana..

 

Merasa sayu saat takbir bergema,

Meraikan raya pelbagai bangsa,

Nikmatnya cuti buat semua,

Hidup serumpun tersangat selesa,

Bertuahnya bumi kita..

 

Jika merdeka tidak menjelma,

Masih adakah kenangan kita?

Masih adakah rasa damai di jiwa?

 

Pernah juga diragut seketika,

Detik Covid melanda dunia,

Merdeka itu bebas meneroka,

Tapi tika saat itu menjelma,

Semuanya….tidak seperti biasa..

 

Bagi aku,

Ini adalah dari lubuk terdalam nuraniku..

Merdeka itu rasa damai dalam jiwa,

Rasa selamat untuk meneroka,

Rasa gembira menabur jasa,

Rasa bertuah di bumi kita,

Rasa bangga mengakui rasa,

Aku anak Malaysia tercinta..

 

Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 10.11am, 13 August 2024

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?