Luka itu torehan, Terdalam dalam sebuah perjalanan, Aku harap suatu perubahan, Namun jika luka kudapatkan, Semua ini harus dihentikan.. Luka itu derita, Perlukah aku menanggung duka, Saat niat ingin berjasa, Menabur segala bakti jua.. Luka itu kau beri, Sampai aku tak mampu lagi, Sangka baik sebelum kau toreh tadi, Kerana pernah terjadi, Seorang yang aku sayangi, Kini tidak lagi di sisi, Kerana tikaman dia tajam lagi, Hingga lukaku tidak pernah sekali, Sembuh walau ratusan purnama berlalu sepi.. Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 4.59pm, 8 October 2024
mcm knl je...tp mmg x slap org la lpas tgk pic2...
ReplyDeleteowh ye ke,tp kn siapa awk ni?cmne leh kenal sy?
ReplyDelete