pelangi itu cantik,
aku cukup tertarik..
sang suria itu ceria,
aku mahu ketawa..
hujan itu indah,
buatku tika gundah..
langit itu luas,
bagi aku puas..
indah bumi Ilahi,
nikmat tidak terperi,
untuk kita rasai,
namun kenapa tidak syukuri,
semua yang diberi?
kala malam bintang terang,
kala malam bulan kelam,
kala air ada pasang,
kala air ada surut,
semua di muka alam,
ada putaran..
kadang di atas,
jangan terlalu puas,
jika di bawah,
jangan terasa kalah..
ada kala mainan perasaan,
menjadi perhiasan,
ada kala hiasan,
tiada lagi menjadi bualan,
yang pasti di hujung jalan,
kita semua akan ke suatu alam..
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 305am,19 Dec 2011
aku cukup tertarik..
sang suria itu ceria,
aku mahu ketawa..
hujan itu indah,
buatku tika gundah..
langit itu luas,
bagi aku puas..
indah bumi Ilahi,
nikmat tidak terperi,
untuk kita rasai,
namun kenapa tidak syukuri,
semua yang diberi?
kala malam bintang terang,
kala malam bulan kelam,
kala air ada pasang,
kala air ada surut,
semua di muka alam,
ada putaran..
kadang di atas,
jangan terlalu puas,
jika di bawah,
jangan terasa kalah..
ada kala mainan perasaan,
menjadi perhiasan,
ada kala hiasan,
tiada lagi menjadi bualan,
yang pasti di hujung jalan,
kita semua akan ke suatu alam..
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 305am,19 Dec 2011
Comments
Post a Comment