Cerita puasa.

Puasa adalah rukun islam ketiga.

Aku mula-mula berpuasa ketika darjah satu. tapi kan, aku puasa separuh hari je time tu. bila balik sekolah mama akan sediakan nasi untuk aku. hihi.

Aku masih ingat ketika darjah dua, mama suruh aku puasa penuh dan tak boleh separuh hari dah. first day puasa, aku tertidur kepenatan tetapi aku terjaga dalam pukul 5petang camtu. aku terhidu masakan mama. mama masak kari ayam, perghhh,, aku cakap kat mama, qi tak tahan lagi. qi nak berbuka mama. mama tak bagi berbuka sebab dah dekat nak berbuka kan but aku insist sangat. so aku pun berbuka lah awal dari orang lain. aku sangat berselera makan sampai aku tambah nasi lagi. mama kalau ingat cerita ni mesti gelak je. lepas tu, ada lagi satu insiden, kat sekolah time tu, kawan aku tak berpuasa, dia ajak aku teman dia pergi kantin. memang haru lah time tu sebab aku pun berbuka sekali sebab tak tahan tengok air sirap. kakak aku tahu aku berbuka time tu. dia marahlah aku. yang aku tahu, time darjah dua tu aku tinggal 3 hari puasa. not bad lah kan. hihi.

darjah tiga aku berpuasa hampir penuh. still tak penuh sebulan sebab aku tertinggal sehari sebab aku demam. so aku berbuka. aku dulu kalau demam mesti nak makan cornflakes dan susu. so mama beli cornflakes. hihi.

dan darjah-darjah seterusnya aku berpuasa penuh. kikiki.

dan apabila meningkat remaja, mestilah dah lompong puasa aku balik.

berpuasa di tanahair sangat gemilang.

aku rindu berpuasa dengan family aku dan rakan-rakan uia aku.

ketika berpuasa dengan family mestilah ketika belum ke uia atau ketika aku cuti semester yang panjang.

dulu-dulu aku malas nak gi terawih kat masjid. ada satu tahun tu parents aku gi masjid, aku pulak jaga adik-adik kat rumah. so aku jadi imam solat. ok, itu sangat haru. mula-mula ok lagi. but somehow, tiba-tiba aku tak leh tahan gelak. memang haru kan. time aku dah ada kesedaran yang tinggi, aku pergi berterawih di masjid. 2 tahun itu adalah tahun yang bagi aku ramadhan terbaik. sebab aku diberi kesempatan bersama family berpuasa dan berterawih di masjid sekali. istilah moreh menjadi norma kami time tu selain iftar yang ditunggu-tunggu kerana menu iftar mesti special dari hari-hari biasa. aku rasa kan time bulan ramadhan rezeki murah kerana kami dapat makan makanan yang best-best time tu. hihi. ye lah, ayam pusing, murtabak, nek bat( terengganu's delicacy), macam-macam tok nenek kuih muih ada. ye lah bazar ramadhan ada di mana-mana. cuma tinggal nak kena ada duit untuk membeli je. kikiki

aku juga rindu berterawih dengan kawan-kawan aku ketika di uia. rindu sangat kenangan-kenangan tercipta antara kami semua.

tahun ini, aku berpuasa di tempat orang.

19.5 to 20 jam berpuasa.

sukar but kami cuba yang terbaik.

ada masa diserang gastrik, so tidur dan minyak yuyi lah peneman aku sementara menunggu waktu berbuka.

berbuka di sini tidak lah seperti di Malaysia. bazar tidaklah ada. tapi haritu atas kerjasama komuniti kat sini, last weekend ada lah sehari diadakan bazar ramadhan. meriah. tapi cepat betul makanan habis. hihi. kami sempat beli nasi kerabu, nasi tomato, gado-gado, karipap dan tart nenas. bolehlah daripada takde. makanan tu semua pun sedap-sedap. Alhamdulillah.

terawih aku di rumah dengan suami. suami aku ada masa-masa dia berterawih di masjid. cuma aku je rasa kurang selamat nak g masjid malam-malam. terawih habis dalam pukul 12lebih camtu. so aku buat di rumah saja.

cerita ramadhan korang camne pulak?

tentu menarik kan.

aku bersyukur yang masih punya waktu untuk bertemu ramadhan kali ini. moga dapat habiskan bulan mulia ini dengan jayanya. tak pasti lagi tahun depan aku bertemu lagi ke tak ramadhan lagi.







Comments

Popular posts from this blog

Loser, I am

Is hurtful sentence a truly motivational quote?

LUKA