ABC=)

kadang kala kita minta mentari kembali,
namun apalah kuasa kita untuk memiliki,
mentari itu jika mentari itu sendiri,
tidak pernah mahu untuk dimiliki,
oleh diriku yang tiada erti...

kemudian dengan rendah hati,
aku panjatkan doa sekian kali,
kepada pencipta alam Ya Ilahi,
agar hati ini,
berhenti mengharap mentari tadi,
agar dapat terbuka lagi,
menerima bulan yang menanti...

aku terasa berbeza,
setelah aku telah berusaha,
sehingga hujung tenaga,
segalanya dalam lingkungan Maha Esa,
Dia yang tahu isi hatiku segala,
aku malu namun aku tahu itulah akhirnya,
sebuah kisah yang aku cipta,
bertahun tanpa berita,
bertahun aku memasang cita,
namun aku redha dengan kisah cinta,
yang aku yang menjadi pelakonnya..

wahai bulan yang membuka bicara,
wahai bulan yang buat aku terasa,
terbit bahagia di kala duka,
jika kamu rasa aku berbeza,
dari bintang-bintang yang pernah kamu jumpa,
silalah berjumpa penjaga saya,
mama dan abah tercinta..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, Alpha Villa,24th February 2011=)


p/s: doakan saya berjaya dalam hidup saya dan berbahagia sehingga ke syurga,insyaAllah=)

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?