EHEM,ENCIK.EHEM
Hari ini 16 Februari,
Tika ini,
Aku masih di sini,
Menanti dirimu kembali,
Mengubah mimpiku menjadi realiti..
Saat ini,
Aku merindui,
Dirimu yang aku kasihi,
Sejak mula mengenali..
Biar sejuta kali,
Aku dikeji,
Aku dimaki,
Kerana mengharap yang tidak pasti,
Kehadiranmu dalam hidup ini,
Namun kupanjat doa pada Ilahi,
Agar kau terbuka hati,
Untuk melihatku kembali,
Untuk menyayangiku seperti azali,
Untuk mencintai,
Untuk terus mengasihi,
Diriku yang masih di sini,
Bernyawa dan pasti,
Mengasihi,mencintaimu tanpa henti,
Wahai jejaka yang berjaya bertakhta di hati ini,
Sejak dulu, kini dan aku pasti,
Untuk selama kehidupan ini,
Di dunia ini..
Kepada dirimu,
Yang aku rindu,
Sering dan selalu,
Aku sentiasa berlagu,
Pabila terasa rindu,
Senyum menemaniku,
Tika menjenguk fotomu,
Kerana ia terapi buatku,
Memulakan hari-hariku…
Ehem,Encik.Ehem..
Tika ini,
Aku masih di sini,
Menanti dirimu kembali,
Mengubah mimpiku menjadi realiti..
Saat ini,
Aku merindui,
Dirimu yang aku kasihi,
Sejak mula mengenali..
Biar sejuta kali,
Aku dikeji,
Aku dimaki,
Kerana mengharap yang tidak pasti,
Kehadiranmu dalam hidup ini,
Namun kupanjat doa pada Ilahi,
Agar kau terbuka hati,
Untuk melihatku kembali,
Untuk menyayangiku seperti azali,
Untuk mencintai,
Untuk terus mengasihi,
Diriku yang masih di sini,
Bernyawa dan pasti,
Mengasihi,mencintaimu tanpa henti,
Wahai jejaka yang berjaya bertakhta di hati ini,
Sejak dulu, kini dan aku pasti,
Untuk selama kehidupan ini,
Di dunia ini..
Kepada dirimu,
Yang aku rindu,
Sering dan selalu,
Aku sentiasa berlagu,
Pabila terasa rindu,
Senyum menemaniku,
Tika menjenguk fotomu,
Kerana ia terapi buatku,
Memulakan hari-hariku…
Ehem,Encik.Ehem..
Comments
Post a Comment