Posts

Showing posts from June, 2011

When June ends..

half year is already gone. 6months of 2011 have passed. i just feel that the celebration of new year was just yesterday but the truth is it was 6months ago.how fast time flies..i can still remember the time when i saw the firework from home with my family. from there,we can view the Kuala Lumpur sophisticated city and of course the land mark ever the Petronas Twin Tower,KLCC.i can still remember i was not only with my sister on that time, but my mother,father,younger brother and sister were also there owing to send my younger sister to her new Uitm campus. furthermore, i can still remember all of us staring the beautiful colours of firework except my father who was already fell asleep on that time.(my mom tried to wake him up but he refused to wake up) and there were a lots of stories from January to June. they are all bringing back memories to me. some of them were sweet but others might be bitter and sour for me. sweet,bitter,sour or salty are all the tasteful of life. what matter

sesuatu

memang benar sesuatu, telah berlaku pada hatiku, apabila kau hadir dulu.. memang benar serta jitu, pabila kukenang masa lalu, kau pasti berada di situ, dalam memori aku.. telah kucuba agar ia berlalu, tidak menganggu, namun sesak nafasku, terhenti gembiraku, apabila cemburu, singgah di kalbu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,346am,29 June 2011

sedetik waktu

Biarlah sedetik waktu, bahagia itu perlu, untuk aku.. biarlah sedetik waktu, bahagia itu buatku, namun syukurku, seumur hidupku.. biarlah sekadar senyumanmu, biarlah hanya khabarmu, cukup Allah tahu, rasa dalam kalbu.. setiap nafas berlalu, kau sering di situ, menemani rindu, yang ada untukmu.. biarlah suatu waktu, aku tidak lagi mampu, mengukir puisi tentangmu, perihalmu sering berlagu, dalam kehidupanku, namun suatu waktu, kamu harus berlalu, dari hatiku, dan bila itu berlaku, aku tidak tahu, apa yang berlaku, pada diriku.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 358am,20 June 2011

Tempat itu,cipta rindu,buatku

menerobos lautan manusia, mengerjakan bagi yang berkuasa, kudrat dikerah masih bersisa, agar sunat dapat dilaksana.. azan bergema sekota, berduyun manusia, menuju kaabah bergesa, padat saf jarak minima, memanggil menghadap yang Esa.. peminta sedekah seawal fajar menjelma, kanak-kanak meminta wanita jua ada, kasihan melihat cacat anggota, menjerit meminta belas warga kota.. peniaga tak kalah memancing aku, membeli barangan katanya bermutu, cantik murah mari dulu, singgah sebentar masa berlalu.. indahnya kota, tenangnya rasa, rindu masa, aku di sana, setiap detik berlalu bermakna, doaku agar kembali ke sana, kerana cukup bahagia, rasa tercipta, sebuah cinta.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 952am,19 June 2011

Erti Kebahagiaan

bahagia itu rasa, terbit dari jiwa, terjemah dengan intonasi ceria, ekspresi muka bak purnama.. kebahagiaan bagi manusia, tidak sama, berbeza.. ada di sudut sana, terasa indah jika menjadi kaya, ada juga terasa gembira jika sembuh luka, ada juga di hujung kota, suka jika hidangan tersedia.. namun bagiku terlukis bahagia, apabila menyembah yang Esa, merintih padaNya, membaca kalamNya, bahagia turut terasa, seketika ibu bapa tercinta, tersenyum bangga, melihat kejayaanku di dunia, insyaAllah di akhirat jua.. Dan kebahagiaan, pabila teringat secebis senyuman, seorang insan;) Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,743am,19 June 2011, Kuala Terengganu

Happy father's Day Abah and Happy Birthday Along

Happy father's Day to my Abah. He is a great father for all of us. he is very workaholic. however today is holiday pertaining to Terengganu won the FA cup,hence he can rest a bit at home today;) today is my sister birthday, Along. For my dismay, she is not around.Along, how i wish u are here. take a good care of yourself there=)

Gerhana serta Cahaya

Setiap insan bernafas di dunia, Pasti diuji pelbagai cara, Di beri kaya, Di beri sihat sejahtera, Di beri cinta manusia.. Namun di hujung sebelah sana, Ada juga insan menderita, Miskin serta papa kedana, Sakit entah mana punca, Di uji penyakit bahaya.. Namun pasti ada hikmahNya, Kerana Allah menguji hambaNya, Selaras kemampuan kita, Menghadapi hidup di dunia, Agar kita bersedia, Menjengah ke alam sana, Tanpa alpa mendabik dada, Namun dengan ilmu penuh di dada, Dengan amal yang sempurna.. Percayalah habis gerhana, Cahaya pasti menjelma, Namun bila dan di mana, Rahsia Allah yang Maha Esa.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 357am,17 June 2011

apa khabar kamu di sana?

ada ketika, rasa menerjah tiba, mencengkam jiwa, perihal kamu di sana, adakah kau seperti sediakala, adakah semuanya baik-baik belaka.. sebenarnya telah lama, persoalan bermain di minda, namun egois mengatasi segala, aku pendam rasa, aku diam seribu bahasa, tanpa khabar atau berita, mahupun khabarmu di sana.. bohong jika aku kata, aku sudah tiada secalit rasa, tipu aku cerita, aku benci semua, kerana pernah ada, sayang dalam jiwa, namun cinta untuk diriNya.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan,428am,9 June 2011,Kuala Terengganu.

the Warm welcome;)

thanks for the warm welcome,thanks for the compliment and thanks for creating one of the happiest moment for me.. honestly,i miss baby H.like seriously=) i miss the family;) i miss the moment;) thanks for the extraordinary moment, I'll keep the memory for the rest of my life;)