Gerhana serta Cahaya

Setiap insan bernafas di dunia,
Pasti diuji pelbagai cara,
Di beri kaya,
Di beri sihat sejahtera,
Di beri cinta manusia..

Namun di hujung sebelah sana,
Ada juga insan menderita,
Miskin serta papa kedana,
Sakit entah mana punca,
Di uji penyakit bahaya..

Namun pasti ada hikmahNya,
Kerana Allah menguji hambaNya,
Selaras kemampuan kita,
Menghadapi hidup di dunia,
Agar kita bersedia,
Menjengah ke alam sana,
Tanpa alpa mendabik dada,
Namun dengan ilmu penuh di dada,
Dengan amal yang sempurna..

Percayalah habis gerhana,
Cahaya pasti menjelma,
Namun bila dan di mana,
Rahsia Allah yang Maha Esa..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 357am,17 June 2011

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?