Tempat itu,cipta rindu,buatku
menerobos lautan manusia,
mengerjakan bagi yang berkuasa,
kudrat dikerah masih bersisa,
agar sunat dapat dilaksana..
azan bergema sekota,
berduyun manusia,
menuju kaabah bergesa,
padat saf jarak minima,
memanggil menghadap yang Esa..
peminta sedekah seawal fajar menjelma,
kanak-kanak meminta wanita jua ada,
kasihan melihat cacat anggota,
menjerit meminta belas warga kota..
peniaga tak kalah memancing aku,
membeli barangan katanya bermutu,
cantik murah mari dulu,
singgah sebentar masa berlalu..
indahnya kota,
tenangnya rasa,
rindu masa,
aku di sana,
setiap detik berlalu bermakna,
doaku agar kembali ke sana,
kerana cukup bahagia,
rasa tercipta,
sebuah cinta..
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 952am,19 June 2011
mengerjakan bagi yang berkuasa,
kudrat dikerah masih bersisa,
agar sunat dapat dilaksana..
azan bergema sekota,
berduyun manusia,
menuju kaabah bergesa,
padat saf jarak minima,
memanggil menghadap yang Esa..
peminta sedekah seawal fajar menjelma,
kanak-kanak meminta wanita jua ada,
kasihan melihat cacat anggota,
menjerit meminta belas warga kota..
peniaga tak kalah memancing aku,
membeli barangan katanya bermutu,
cantik murah mari dulu,
singgah sebentar masa berlalu..
indahnya kota,
tenangnya rasa,
rindu masa,
aku di sana,
setiap detik berlalu bermakna,
doaku agar kembali ke sana,
kerana cukup bahagia,
rasa tercipta,
sebuah cinta..
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 952am,19 June 2011
Comments
Post a Comment