Tentang Kamu di Tahun Baru..
butiran pasir di pesisir pantai,
desir angin berderu mengelus pipi,
nakal anak rambut terkuar di tepi,
tudung dibetulkan agar kemas kembali..
suatu waktu dulu,
dikenang kembali duka itu,
sebak dadaku,
hanya Tuhan tahu..
sudah tahun baru,
namun mangapa hatiku,
tidak berganjak seiring waktu,
tidak dipukul badai berlalu,
agar kenangan itu,
lupus dipukul ombak rindu..
mengapa dikiaskan akan ombak rindu,
jika memori itu mahu,
dibiar berlalu..
kisah aku dengan tahun lalu,
cukuplah hanya terdekat tahu,
bagaimana aku bergelumang malu,
bagaimana aku terpalit rindu..
suatu detik yang berlalu,
mengajar aku erti suatu rindu,
makna pengalaman baru,
pengertian suatu yang bermakna bagiku..
kamu beri rindu itu,
kamu buai perasaan aku,
kamu tetap di hatiku,
kamu masih di situ..
tahun baru,
harapanku satu,
agar bila namamu,
diperkatakan dalam hariku,
rasa rindu itu,
tiada lagi hantuiku,
seperti selalu..
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 118am, 1 JANUARY 2012
desir angin berderu mengelus pipi,
nakal anak rambut terkuar di tepi,
tudung dibetulkan agar kemas kembali..
suatu waktu dulu,
dikenang kembali duka itu,
sebak dadaku,
hanya Tuhan tahu..
sudah tahun baru,
namun mangapa hatiku,
tidak berganjak seiring waktu,
tidak dipukul badai berlalu,
agar kenangan itu,
lupus dipukul ombak rindu..
mengapa dikiaskan akan ombak rindu,
jika memori itu mahu,
dibiar berlalu..
kisah aku dengan tahun lalu,
cukuplah hanya terdekat tahu,
bagaimana aku bergelumang malu,
bagaimana aku terpalit rindu..
suatu detik yang berlalu,
mengajar aku erti suatu rindu,
makna pengalaman baru,
pengertian suatu yang bermakna bagiku..
kamu beri rindu itu,
kamu buai perasaan aku,
kamu tetap di hatiku,
kamu masih di situ..
tahun baru,
harapanku satu,
agar bila namamu,
diperkatakan dalam hariku,
rasa rindu itu,
tiada lagi hantuiku,
seperti selalu..
Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 118am, 1 JANUARY 2012
Comments
Post a Comment