Tiada Jawapan Untuk Itu..

jika ditanya tentang itu,
maaf beribu-ribu,
aku tiada jawapan kau mahu,
tentang perkara itu,
kerana bagi aku,
perkara itu sulit untuk berlaku..

sukar ditembak goyahnya rasa,
bila disoal sedemikian rupa,
bila sampai suatu masa,
bila perkara kau tanya,
berlaku di depan mata,
baru jawapan kepada soalan kau tanya,
dapat kujawab dengan terbuka..

mungkin bila ditanya saat ini,
aku ada jawapannya di hati,
namun bila difikir akan realiti,
tidak mungkin seindah mimpi,
aku sekadar dapat menyimpan situasi,
agar bila terlaksana nanti,
aku tiada menangis lagi,
aku boleh tersenyum nampak gigi..

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 315am, 1 JANUARY 2012

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?