Aku tidak maksum

berat beban itu,
berat tak tertanggung aku,
berat tidak mampu,
namun sedari aku,
berdoalah aku,
bermunajat padaMu..

sendu tangis ini,
tidak berhenti jatuh merebah bumi,
tidak berhenti basahi pipi,
namun sedari sendiri,
doa pada Ilahi,
terasa ringan menyelimuti..

hidup nyawa mati pergi,
semua ditangan Pencipta abadi,
sedari aku kita di sini,
bukanlah untuk mencari haqiqi,
kerana di sanalah tempat kembali,
yang kekal di sana menanti..

suami yang dikasihi,
abah serta mama disayangi,
abah dan umi dihormati,
adik-beradik sendiri,
adik beradik ipar diingati,
rakan serta sahabat sejati,
pendidik yang mendidik diri ini,
sedarilah aku jika ada mengguris hati..

aku insan biasa,
tidak bisa maksum dosa,
namun harapku taubat diterima,
sebelum menjengah ke alam sana...

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1005pm, 24 May 2013

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?