Janji?

Usah berjanji jika ingin memungkiri,
Usah menipu jika akan diketahui,
Menyampah betul kali ini,
Sudah-sudah angkat bakul sendiri..

Bukan sekali,
Bukan dua kali,
Sudah berkali-kali,
Bila mahu henti?

Nanti orang benci,
Baru tergadah diri?

Tak perlu menunjuk kaulah puteri,
Tak perlu menaja kaulah malaikat duniawi,
Jika sebenarnya sekadar mainan di sini..

Aku bosan dengan orang begini,
Jika tidak mampu jangan berjanji,
Jangan suatu masa nanti,
Semua orang terasa hati,
Sampai mati rasa sesal sendiri..

Aku bukan malaikat,
Tapi aku beringat,
Jangan terikat,
Jika tak nak buat...

Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 853pm, 28 May 2013

Comments

Popular posts from this blog

LUKA

...ANG

Is hurtful sentence a truly motivational quote?