Posts

Showing posts from 2014

Terbuai

Terbuai akan tercampak akan masa, Terbuai akan terserlah memori luka, Terbuai akan kemanisan cinta, Yang dulunya aku ada, Namun dicabut Yang Esa.. Terbuai akan hilangnya masa, Kamu juga pergi bersama, Tinggal akan derita, Yang akhirnya berbuah cinta.. Terbuai anugerah Ilahi, Yang ikhlas memberi, Aku hidup lagi, Dalam dakapan cinta, Tiada belah bahagi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 6.33pm, 9 Nov 2014, Manchester, United Kingdom

He is the one

Dia orang biasa. Tapi bila bersamanya aku rasa dia luar biasa. Dan aku rasa sangat istimewa. Dia sangat prihatin. Sangat bertolak ansur. Cukup dan penuh sabar. Melayani setiap satu kerenah entah apa-apa. Dia satu dalam sejuta. Beri aku rasa menjadi puteri. Kadang-kadang permaisuri. Bahagia melingkari. Dia adalah lelaki aku. Dia adalah pendamping aku. Dia adalah pemimpin aku. "He is the one." Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 259am, 15 August 2014

Kematian

Kematian, Tidak diketahui rahsia, Sang Pencipta.. Kematian, Takut tak tersempatkan, Bimbang dalam kekufuran.. Kematian, Adakah jalan, Untuk si pendosa bersihkan.. Kematian, Menghampiri, Tidak sesaat lari, Diari Ilahi.. Kematian, Bersediakah aku, BertemuMu? Kematian, Aku mohon diberi ruang, Aku doa dianugerah peluang, Mati dalam iman, Dosa aku selautan, Dipadamkan.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 139am,12 August 2014

Potret Raya

Kali ini, Rasa dingin melingkari.. Beribu batu aku pergi, Antara benua aku jelajahi, Tinggal akan famili, Sayu rasa hati.. Raya kami, Tidak mungkin berseri, Seperti sebelum ini.. Masakan mama dan umi, Kami rindu sampai termimpi, Masihkah ada peluang nanti, Merasa enak di pagi aidilfitri, Masih tiada pasti.. Walau jauh tak terlihat mata, Walau dekat tak sempat bicara, Maafkan kami berdua, Atas setiap inci dosa, Yang tercipta. Potret raya, Takkan sama, Aku tak akan ada, Bersama tersengih seperti biasa.. Nukilan: WN, 544am, 27 July 2014

"Selamat Hari Raya Darling"

" Selamat Hari Raya darling." A simple whatsapp message from mama. A short and accurate message but give me unbearable feeling. This will be the first time ever being apart from her and the family for Eid celebration. I don't feel like celebrating anything. There is no cookies available up to the time i am writing this. The special menu for the celebration must be done by my own.*crying I miss my family. I miss being home. I miss the feeling of going back to hometown. I miss my family's Eid potrait culture. I won't be there this time. Hopefully, there is still time and chance for being there next time. WN, 29 Ramadhan 1435H, Manchester, UK

Cerita puasa.

Puasa adalah rukun islam ketiga. Aku mula-mula berpuasa ketika darjah satu. tapi kan, aku puasa separuh hari je time tu. bila balik sekolah mama akan sediakan nasi untuk aku. hihi. Aku masih ingat ketika darjah dua, mama suruh aku puasa penuh dan tak boleh separuh hari dah. first day puasa, aku tertidur kepenatan tetapi aku terjaga dalam pukul 5petang camtu. aku terhidu masakan mama. mama masak kari ayam, perghhh,, aku cakap kat mama, qi tak tahan lagi. qi nak berbuka mama. mama tak bagi berbuka sebab dah dekat nak berbuka kan but aku insist sangat. so aku pun berbuka lah awal dari orang lain. aku sangat berselera makan sampai aku tambah nasi lagi. mama kalau ingat cerita ni mesti gelak je. lepas tu, ada lagi satu insiden, kat sekolah time tu, kawan aku tak berpuasa, dia ajak aku teman dia pergi kantin. memang haru lah time tu sebab aku pun berbuka sekali sebab tak tahan tengok air sirap. kakak aku tahu aku berbuka time tu. dia marahlah aku. yang aku tahu, time darjah dua tu aku ti

Setahun berlalu tanpa Tok.

Arwah Tok adalah seorang yang sangat baik. Dia sangat pemurah kepada kami semua. Aku masih ingat time kecil-kecil dulu, time tu kami stay kat Kuantan tok selalu datang ziarah kitaorang. Yang paling aku salute, setiap kali mama bersalin, tok mesti di sisi anak bongsu dia yang manja itu. Eh, mama aku lah tu. kikiki Ketika di Kuantan, tok masih gagah perkasa. Dia selalu shopping kat Globe Silk Store. Dia selalu belikan kitaorang baju. Ada baju tu kan, tok beli untuk along dan aku. Along colour kuning, aku colour biru. Perghhh..i cakap sama uolls, kami pakai sampai lusuh. siap koyak-koyak lagi still pakai. even several years back pun pakai lagi if balik kampung sbb best wo baju lusuh, sbb dia agak dingin. kikiki Arwah tok gak suka jalan-jalan ke pasar malam. dulu kami menetap kat taman LKNP before pindah tok sira. so every wednesday, ada pasar malam kat cenderawasih. kiranya neighbouring area lah. syok wooo time tu, tok akan belanja aku apa je aku nak. kau ade?hahahaha syok tau

Seteru aku dari dulu.

Seteru aku, Dia, Dialah sering menempelak aku, Dialah sering mengejek aku, Dialah yang buat aku naik hantu.. Seteru aku, Dia, Dialah beri aku, Waktu untuk fikir sesuatu, Bagi aku ruang berteduh dulu, Sebelum kami punya rumah untuk beradu.. Seteru aku, Cukup hebat figura itu, Bagi aku rasa mahu, Bersaing sampai maju.. Seteru aku, Dia, Cukup daya persona, Cukup buat semua terkesima, Ada yang pandang tak kelip mata.. Seteru aku, Dia, Kakakku, Hanya satu, Selamat berkat usiamu.. Seteru aku, Aku sayang kamu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 249pm,18 June 2014

An expensive experience

Pursuing study in United Kingdom has always been my ambition. as mentioned in previous post, I have been dreaming a lot to get here. After SPM, I have been called by JPA for an interview for "Biasiswa Ijazah Luar Negara". But to my dismay, I didn't get the scholarship. Thus, I study hard and smart to pursue my master here. Keputusan untuk datang ke sini bukanlah senang. Sebagai seorang isteri keizinan suami itu penting melebihi segala isi bumi. chewahhh.. I tolak offer September intake sebab it is too sudden. husband just working for 2 months at that time. Later, I also got a job at one of construction company. Being honest, I didn't like my routine being a QS there. I must work 6days per week. wearing uniform that made my husband can't recognize me. He said "ingat cleaner UIA tadi". Sedih kan? Then last January I was admitted to Sg. Buluh Hospital because of food poisoning. I realize how terrific my MC was. Seronok habaq hang.

Rewang?

Hihi. Diberi peluang untuk menjadi tuan rumah untuk aktiviti rewang majlis agm kali ini memberi rasa yang luar biasa. Tak pernah pun jadi tuan rumah dalam apa2 acara besar kan. kami cuma membantu mana yang boleh saja sebab kami pun baru dimaklumkan untuk digunakan ruang belakang rumah untuk aktiviti rewang. Malay community here in Manchester is really good.They keep in touch with each other. Brotherhood, Sisterhood are superb. If any of us need any help, they are willing to help without complaining. Terasa macam kat kampung pulak. Rewang merewang ini kan. Rindu malaysia. Rindu keluarga. Rindu the authentic Terengganu's cuisine. Malu lah nak tangkap gambar depa. Takde gambar pun boleh kan. Imaginasi kasi tinggi sikit. Hihihi.

Dua Kalimah

Currently, my husband and I miss Malaysia so much. Thus, we have been watching Malay's movie quite a lot this week. Sometimes, ''cerekarama pun layan bak hang"..hihihihi But, tonight, I watch alone because he was too frustrated cannot watch World Cup. We have big TV here but it is not inclusive of freeview or preview.I don't know which one is the real name for that box. (Ala macam Astro punya box tu) Thus, we once bought it at car boot sale. (tight budget lah kata orang) But there was no remote. We tried several attempts to make it runs. It can be switch on but it cannot perform what it is made for. To buy a new one it costs quite some money. It is alright. At least I can watch stream movie with him. More romantic. Hihihi. (even tonight he fell asleep too fast) Ok done with the boring introduction. Straight to the point. I watch this one movie named "Dua Kalimah". Personally, I can say this movie is a very good movie in term

Sambal

Sambal. Favourite. I don't know how to describe my passion and love toward sambal. It can make me smile. Sambal can make me smile thousand miles especially when I am here. I bought a bottle of 'sambal ikan bilis' yummy. Eat with fried egg and rice. ''Terangkat bak hang'' You may say. ''Dah kenapa kau ni sambal pun nak cerita" Then I answer: "Suka hati lah, my blog, my way, my passion. Thus, sambal one of them. Passion." Kekekekekke.

Episod.Epilog.Cerita.Kisah.Bab.Jilid.

Episod. Epilog. Cerita. Kisah. Bab. Jilid. Lelah badan menerus kata, Lihat layar penat mata, Tapi mahu jua, Aku coretkan di sini suatu kata, Agar suatu masa bila dewasa, Atau bila masa aku ada masa, Aku kembali semula, Di sini aku bermula, Coret warkah untuk semua, Seadaanya.. Episod aku bila mula? 21 November 1986, Tepat, Tepat tarikhnya. Epilog aku tragis, Ujian merata-rata, Aku ada kala, Mahu berputus asa, Namun aku tahu itu semua pahala, Allah mahu uji saja, Tengok aku hadapi bagaimana.. Cerita aku tak sama, Dengan cerita saudara seibu dan bapa, Aku diuji olehNya, Lama aku terpalit malu dunia, Tapi aku tahu Dia, Akan tutup aib aku di sana.. Kisah, Aku seorang yang mudah, Terluka dan berdarah, Hati aku patah, Luka bernanah, Tapi aku ada maruah, Aku kutip tangis melimpah ruah, Aku bangkit agar tak kalah.. Bab ku terlalu lama, Lebih suku dekad aku hirup udara.. Jilid aku sudah hampir dua puluh lapan, Masihkah ada masa hadapan,

Hati

Hati, Dikotori, Dimasukkan entiti, Entiti hasad dengki, Entiti tidak puas hati, Entiti amarah tak henti.. Hati, Allah beri, Cukup suci, Tapi mengapa kotori? Hati, Jangan berhenti, Jangan terus membenci, Jangan biarkan musuh Ilahi, Menguasai.. Hati, Biar tenang selimuti, Pastikan kau suci, Sebelum habis di sini, Sebelum mati.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 937pm, 10 June 2014

Singgah

Persinggahan itu tak lama, Bersifat sementara, Tidak kekal selama-lama.. Persinggahan itu sekadar penantian, Untuk kita semua sebelum pengakhiran.. Persinggahan aku bila bertepian, Persinggahan kamu bila pengakhiran, Tiada jawapan.. Persinggahan, Cukupkah bekalan? Bertemu Tuhan, Sebelum dipanggil pulang.. Persinggahan. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 925pm, 10 June 2014

Umrah

The first time I performed Umrah was 3years back. When will be the next trip? Searching. Still searching. Hopefully soon enough. Hopefully I can see Kaabah again. I wish I can be there with my husband. I went there before with my parents and sister. Revisit is a must. Telah rindu akan meriahnya suasana, Telah rasa jauhnya tersasar dari jalanNya, Ada masa berbuat dosa terasa biasa, Ada masa berbuat dosa terasa norma.. Aku seorang pendusta, Aku bertekad mahu syurga, Aku janji denganNya, Namun kumungkir jua.. Aku seorang pendosa, Aku tidak tahu bila, Dosa dan noda, Akan terpadam semua, Agar aku sesuci sebelum dewasa.. A revisit is a MUST. Therefore, I must try my best to be there again. Missing my days there. I want to repeat the routine that I did there. Miss You. Terribly.

Suara

sesuatu hilang dari duniaku, sesuatu yang tak terjemah hatiku, suatu suara memanggilku, tiada lagi kedengaran itu.. di sini sudah sampai waktu, aku masih tidak dengarkan itu, kubuka youtube lalu, terdengar bait-bait itu, rasa sebak mendalami jiwaku, telah lama aku, bergantung akan modennya waktu, sekadar tekan kekunci telefon bimbitku.. di sini aku tersedu, tangis terasa pilu, lama telah aku, tinggalkan halamanku, tinggalku ibu, tinggalkan bapaku, tinggalkan keluargaku, sehingga suara itu, baru aku dengarkan itu.. Allahuakbar, Allahuakbar, Laungan azan berkumandangan di corong kecil telingaku, memanggil-manggil mengadapMu, wahai Penciptaku.. Biarlah sekadar dari youtube, Biarlah sekadar aku yang rindu, Aku tahu Dia juga begitu, Rindu akan tasbih dan zikirku.. Ya Allah, permudahkan jalanku, kau lebarkan lebuhrayaku.. Ya Allah, ampuni diriku, dalam mencari ilmu, ada terkurang aku laku.. Ya Allah, permudahkan, perluaskan, perindahkan, setiap

Happy Birthday Mama.

10 June 2014 Alhamdulillah, Allah SWT memberkati usia bonda tercinta. Selamat hari lahir mama.. Bondaku adalah duniaku. Dia kandungkan aku, Dia lahirkan aku, Dia besarkan aku, Sampai kini tak terbalas jasamu.. Mama sangat bertuah dikurniakan kemewahan anak-anak. 7 orang cahaya mata terhebat dia didik sampai berjaya. Mama juga bertuah, mempunyai seorang suami yang berjaya bersama-sama melalui saat sukar, duka serta gembira bersama.. Mama seorang yatim piatu apabila Tok pergi selama-lamanya setahun yang lalu, 23 June 2013. Apa yang aku coretkan di sini hanyalah picisan nota buat bonda tercinta yang dirindui saat dia tiada di depan mata. Kulihat kembali ucapan ulangtahun mama tahun lepas yang aku coretkan di dinding muka bukunya. ternyata, doa agar dia cepat mendapat cucu. dan status itu jugalah menjadi antara status terbanyak like yang aku raih dari teman dan taulan. " Happy Birthday mama.semoga mama cepat mendapat cucu.sila doakan qiqi selalu.hehehe "

Rezeki itu dari Tuhan

Rezeki itu dari Tuhan, Siapa kau mahu tentukan, Siapa kau mahu sekatkan, Tiada yang mampu menghalang, Apa yang telah Dia tentukan.. Rezeki itu dari Tuhan, Ada rumah tak perlu berpanas hujan, Ada kereta tak perlu lenguh berjalan, Ada semua yang diimpikan.. Rezeki itu dari Tuhan, Ada yang zuriat masih dinantikan, Ada yang dapat dibuang-buang tepi jalan, Ada yang sehingga kini masih tidak berteman... Rezeki itu dari Tuhan, Ada yang berjaya lanjut pelajaran, Ada yang kecundang di tengah jalan, Ada yang perniagaan berjaya bertebaran.. Rezeki itu dari Tuhan, Tak perlu kau tanyakan, Aku pun tiada jawapan, Kan telah kucoretkan, Rezeki itu dari Tuhan... Dia Maha mengetahui sekalian alam.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1153am, 9 Jun 2014

Paris

Image
It was really a romantic moment when arriving at Eiffel Tower . Some people say that when we love someone too much, being with that someone in the most romantic place ever, will be the greatest moment. Yes, indeed.. I love been there with my dear husband. Enjoying every bit of it. We travelled from one place to another by using Metro. however, when we were travelling from Eiffel Tower to Musee du Louvre, we used cruise. Perghhh, it was fantastic. River Cruise Enjoying the time we went to  Centre Georges Pompidou , there are a lot of street art found there. They are really talented artists. France's architecture is breathtakingly majestic. We cannot handle our passion of capturing each moment we were there. However, to our dismay, the camera setting wasn't right. Thus, the pictures which were taken by the camera were out of standard. Alhamdulillah, we have friend who brought dslr. Furthermore, some pictures were taken by using hp camera.;) us Aizat

Stalking

The technology nowadays make this activity easily possible. The habit of stalking other life has become a norm. I hardly said about others, but I am also the victim of so called technology. I love to stalk around. The FB, Instagram, Keek, Blogs, you name it, it is my daily activity. If these social networks are not being there, I don't think that we become this pathetic. Seeing others activity and life is not a good thing to do. Because of this, we become paranoid in some cases. I don't say about YOU who stalk my blog, BUT I write this to say that it is normal nowadays for the stalking activity, as long as you are not interfere in their lives. For instance, being annoying by commenting here and there.Liking here and there. The consequences of stalking is unbearable. The ONE who will get hurt is YOU, yourself.. the ONE that you stalk has nothing to do with your habit. Please STOP! Ok, till then.. P/S: Seronok ke stalk blog ni?

Visiting

I have been dreaming of visiting several places in world since then. as previous post had mentioned about how much I love to go to Korea. the urgency of visiting is not limited to Korea only but France also. France, Amsterdam, Venice, Dubai and many more. kekekeke Seeing a lot of my father pictures back then, make me realize how wonderful of visiting those places. I love the Tulips in spring but for my dismay, I am too busy this year to see those flowers, maybe next year. hihihi The Eiffel tower is a very magnificent place. France has been labelled as a romantic city. Love to be around your love one there. Fuyoo... The Burj Al-Khalifa is the tallest building in the world (currently). I have been mentioned by my lecturer that this building has got the best project management ever. a good project manager will ensure that the delivery of the building is at it's stipulated time. fuyyooo.... How much fuyyoo should I write? Venice. I can vividly remember a scene from this Korea

Hobby.

when talking about hobby. what is in your mind? as for me, I cannot tell it straight away what I love to do. basically, I love to write poem. these few days, I feel a little bit bored by only staying at home, doing nothing specifically. after submitting the assignments, the free feeling is always been there. however, it turns to be kind of boring. thus, I think I have to do something. HAHAHAHA

Indah

Indah muka bumi Tuhan, Terlalu banyak aku mahukan, Terlampau cantik tak tergambarkan, Namun sini bukan harapan.. Indah itu sementara, Tidak kekal selama-lama, Jangan rakus merasa, Kelak rasa binasa.. Indah itu syurga, Tiada tandingannya, Mohon aku penghuninya, Mohon dia juga bersama, Mohon ibu dan bapa, Keluarga tercinta juga.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1.29pm, 18 May 2014

Ilmu

Ilmu, Kau tuju, Kau takkan tertipu.. Ilmu, Kau gali, Tak mungkin kau kesali.. Ilmu, Walau jauh kau berjalan, Biar liku di hadapan, Namun pendedahan, Bakal hidupmu gemerlapan.. Jangan putus asa, Jangan tinggalkan masa, Biarlah usia, Dihabis kerana cinta, Cinta akan cahaya.. Ilmu itu cahaya, Tak sesat jalan kau teroka.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 546pm, 18 May 2014

Winter Sonata

Winter Sonata.. Seakan ribut melanda, Suatu masa ketika remaja, Cukup terpesona, Akan jalan cerita, Akan suasana, Akan permandangan di sana.. Winter Sonata, menjadi titik tolak yang nyata, untuk merasa kan kisah yang sama, di dalam suatu dakapan cinta, cukup istimewa.. Winter Sonata, walau bertahun meninggalkan kita, Namun masih terasa getar apabila, alunan musiknya kedengaran di telinga.. Winter Sonata, semua manusia tiba-tiba, menjadi romantik belaka, santun budi bahasa.. Winter Sonata, kisahnya menjadi melodi cinta, menjadi dambaan semua, menjadi kisah agung zaman kita, ala kita tika remaja.. masihkah kau ingat itu semua? Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 101pm, 14 may 2014

Penat.

Walau sudah terasa penat, Telah rasa mahu berehat, Namun terfikir akan matlamat, Ini masih belum penamat.. Walau sudah berusia, Melangkau jarak dan suasana, Namun belum tiba masa, Ini masa untuk kau berusaha.. Walau sudah lanjut usia, Mohon dibekal segala-gala, Rezeki kita tak sama, Ada yang dapat merasa, Usia yang berjela, Tapi jangan dipersia, Lengkapkan masa, Dengan suatu yang bermakna, Berlandaskan FirmanNya, Tersurat tersirat dalam KalamNya, Yang akan kekal sehingga, Tamatnya dunia..... Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 838am, 12 may 2014

Sudah berkepak

Image
sudah berkepak aku kini, semua kerja telah lalui, fasa-fasa sukar dijelajahi, akhirnya selesai ikut masa ditetapi.. kekekekeke Finally, the first semester as a post graduate student has come to it's end. Alhamdulillah. Long holiday is mine... Prepare ourselves to a great vacation;) See you. This is how i rock my day of returning library's books=)

Dan selamanya

9 May comes again. Thus, it is my husband birthday.Dear, Happy Birthday.;) Hopefully we can treasure the moment together till the end of our times. Dan selamanya, Kurasa, Kau beda dari dia.. Dan selamanya, Kumengerti, Ku tidak lagi sendiri.. Dan selamaya, Kucuba, Untuk terus berada dalam nyata.. Dan selamanya, Kupuja, Dirimu yang telah berada di minda.. Dan selamanya, Kukan cinta, Kamu yang telah menjadi jiwa... Dan selamanya, Kuakan, Dedikasi sajak cinta.. Dan selamanya, Kuakan, Luahkan padamu cinta.. Dan selamanya, Kuharap, Kau kan panjang usia.. Selamat ulang tahun sayang, ku akan pasti kau yang kusayang, jangan bimbang, aku tak terbang, tinggalkan kamu seorang.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 516pm, 8 May 2014

one more!

one more, then you can rest more, then you can be happier somemore.. one more, that one more, need some more, time and effort more, to get more.. one more, burn the midnight oil, even people tightly sleeping, even they are snoring, just one more, keep on, focus more, you have chosen, to give more, to spend more, to wisely do more, keep on, keep on, just a bit more, to realize, that u can do more, u can rest more, Later! Written by: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 155am, 5 May 2014
Kecewa itu belum pulang, Kecewa itu memberi peluang, Hati menerewang, Ke sudut semuanya hilang.. Luka itu beri aku suatu, Rasa yang tak siapa tahu, Apa yang diami hatiku, Sampai sakitnya hanya Dia tahu.. Disambut gemilang, Terang benderang, Tiada itu dalam suatu sarang, Titik aku. Cukup aku. Berhenti sebelum menyerang.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1212am, 3 May 2014
Menyingkap tiap-tiap satu, Video yang diupload di facebook, Banyak yang memberi rasa, Rasa tersentuh jiwa dan raga.. Banyak yang memberi tunjuk ajar, Pegajaran yang tiada tara, Ada yang mengundang air mata, Hati manusia, Memang sentiasa terusik apabila, Sesuatu tragis melanda.. Bagus juga videonya, Bagus juga artikelnya, Mohon Allah memberkatinya, Agar dakwah itu menyulam pahala, Makin berganda-ganda, Saat ramai yang mula berkata-kata.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 536pm, 2 May 2014

First Submission

the second coursework for Process and Project System Module has been safely submitted via turnitin at Salford Blackboard. feeling? "seakan mahu terbang namun belum berkepak sebab ada lagi satu submission. lepas submit yang tu bolehlah bersedia untuk berkepak dan terbang''. kekekeke Tak sangka boleh terhegeh-hegeh nak buat assignment lagi. Tak sangka diberi peluang untuk terus mencari ilmu. Alhamdulillah. Moga Allah memberkati perjuangan ini. Doakan sekali;)

Keropok Lekor

ya memang tak dapat aku nafikan. sejak aku berada di perantauan. apa yang aku rindu selain keluarga di Malaysia adalah makanan Malaysia. Malaysia memang kaya raya. Nikmat yang Allah SWT bagi memang tiada tara. setiap negeri ada keistimewaan juadah masing-masing. Aku rindu keropok lekor. Teringat dulu-dulu masa masih kecil, aku tak suka keropok lekor banyak ikan, hanyir rasanya. suka yang sagu banyak, jual kat gerai keropok di Kuantan. masa budak-budak baru nak up duduk kat Kuantan, so sebab tu aku tulis gerai kat Kuantan. Tapi, Bila dah besar baru aku faham, yang apa yang mama dan abah cakap masa aku budak-budak baru nak up tadi tu betul. Keropok banyak ikan lagi best dari yang banyak sagu. wah, taste bud dah berubah seiring usia uolss.. HAHAHA banyaknya juadah yang aku teringin nak makan. terkenang nak raya di perantauan ni terasa kerdil saja. semua juadah terbayang di mata. sukar nak jumpa luar Malaysia. kena google banyak-banyak resepi Malaysia ni. Nanti raya na

Make up

Make up. Muka cantik sudah. Mahu tampal banyak tak gundah. Jadi patung senyum pun tak lepas, Tersekat-sekat rasa berlengas.. Hahahaha.. Kadang-kadang pelik sangat. perempuan sekarang suka make up melebih sudu dari kuah. tampal seinci dua baru sudah. kadang color sepah-sepah atas konjuktiva. cantik ke jadi patung barbie? Entahlah. masing-masing ada pilihan masing-masing. tapi kan. bukankah haram hukumnya berhias depan ajnabi? aku pun kadang nak gak try make up. tapi tak reti. dan yang menghalang semua aktiviti nak tunjuk diri depan umum ni mestilah suami. dia cakap tak boleh make up. kadang nak pakai lipstick bagi cun sikit dia suruh oles sikit je. tak boleh terang sangat. nanti ada yang memerhati . ayat Kiah Propa!HAHAHAHA melihat kepesatan teknologi sekarang. even aku tulis ini pun dalam blog kot. canggih sgt;P. ramai perempuan nak dress up, nak make up, nak jadi putih berseri, semualah. sampai banyak je butik-butik online, kedai-kedai online perhiasan diri tumbuh bak

Kenangan

Kenangan. Suatu yang menerosok dalam ingatan. tidak pernah alpa untuk tidak berada di sana. di suatu kotak dalam minda. dan boleh juga dalam hati jua. Kenangan. Kadang-kadang tersenyum seorang. melihat kembali apa yang aku coretkan. melalui blog picisan. Kenangan. Jika tiada hari semalam, tak mungkin hari ini menjelang dan esok kan datang. tak gitu? Kenangan. Walau seburuk mana. walau tak indah. namun pasti ada suatu yang istimewa. hingga kini aku tetap coretkan. tentang masa lalu yang masih terkenang-kenang.

Takdir

Salahkah takdir jika kau miskin? Salahkah takdir jika kau malas? Salahkah takdir jika kau masih dakap udara, Salahkah takdir bila kau terus-terusan leka? Takdir tak salah, Takdir tak bawa kau ke jalan hina, Kau yang ciptakan suasana, Kau yang pandai mereka, Kau yang tidak reti guna minda.. Takdir tak salah, Kau yang malas usaha, Kau yang malas kerja, Kau yang malas mencari wang belanja.. Takdir manusia, Tak siapa tahu teka, Tak siapa meminta, Tidak diberi mewahnya suasana, Namun semuanya ujian yang Esa.. Kau kaya, Kau miskin papa kedana, Kau hanya hamba, Kepada Pencipta.. Sedarlah diri, Walau manapun kau berdiri, Jangan terlalu hidung tinggi, Tak selamanya aku miskin begini.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1156pm, 28/4/2014

Taubat Nasuha

Insan hina, tidak lepas berbuat dosa, namun aku percaya, Dia maha pengampun, Maha pengasihani, Maha pemurah.. Insan hina, tidak alpa mencedera, hati ibu bapa, hati yang dekat dengannya, hati mereka yang setia, mendoa terbaik buatnya.. Insan hina, bangun dari lena, belum sampai masa, masih sempat kau bersih semua, taubat masih terbuka, pintu itu masih belum terkunci buat selamanya, sila buka, cuci semua dosa, kuncinya Taubat Nasuha.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1033pm, 27/4/2014

Angan

sering berangan, itu aku, sering bermimpi, untuk memiliki, untuk mimpi tadi, menjadi realiti, masih jua aku.. aku sering mimpi, agar suatu masa nanti, dapat aku realisasi, semua yang aku impi.. biarlah sejuta lautan manusia di dunia, mencerca dengan seribu kata, biarlah aku jadi umpatan mereka, mereka bukan neraca, untuk bawa aku selekoh ke neraka.. aku diberi akal olehNya, melihat dunia konteks berbeza, dengan mereka yang tidak percaya, akan suatu masa kan tiba, kita semua akan tidak lagi bisa, terus hirup udara, dalam dunia fana.. akan tiba, tapi bila, aku tidak diberi kuasa, membuka rahsia Maha Esa, mohon bila tiba, aku tidak didalam leka, tidak didakap selesa, tidak hanyut dalam mewahnya dunia, namun tawaduk menunggu habis usia, dalam kalamNya, dalam lindunganNya, dalam rahmat serta cintaNya.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1024pm, 27/4/2014

Menghargai

Menghargai. Bukan tunggu esok, lusa mahupun tahun depan, Namun sekarang, saat ini, detik ini, Seseorang yang Allah utuskan untuk bersama, Dalam suka mahu duka, Adalah yang selayaknya, Diberi rasa percaya.. menghargai tidak sukar, menghargai tidak payah, menghargai tidak sulit, menghargai perlu sedikit hati, bancuhan nurani setia, beralah bila detik tiba.. sering dengar bila sudah tiada di sisi, sudah pergi dijemput Ilahi, baru tergadah mencari, baru terperasan sendiri, bahawa insan yang diutuskan tadi, memberi kesan di hati, yang tiada siapa mampu mengganti.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1004pm, 27/4/2014

Ujian

setiap manusia di dunia diberi ujian yang semampunya, melihat, mendengar, membaca, meneruskan kehidupan dunia.. banyak yang memberi aku pengajaran. terbaru kisah kemalangan sepasang suami isteri yang menanti kehadiran cahaya mata. anak dalam kandungan terkeluar dari rahim kerana hentakan kuat, meninggal. si isteri terpaksa dibedah untuk mengeluarkan bayi dan beliau juga terpaksa dibedah untuk mengeluarkan rahimnya yang parah akibat kemalangan itu. aku menangis. aku tetap menangis. walau aku membaca berita itu di muka buku semalam. tapi hari ini masih ada yang berkongsi di ruang muka buku, sekali lagi aku sebak. ujian manusia berbeza, anak dikandungnya menunggu di syurga, aku pula? pelbagai rasa kecamuk jiwa, mohon diberi petunjuk, mencari cinta, dari diriNya..

Termetrai

hubungan kita, semakin mekar bertakhta, dalam jiwa.. hubungan kita, bila bermula, tiada kuteka, tidak terjangka.. hubungan kita, sehingga bila, tidak mampu diteka, namun berkat doa, dari kita, dari ibubapa, dari mereka tercinta, aku harap sampai syurga.. Termetrai janji hidup sekali, meneroka dunia berteknologi, menerjah modenisasi, moga dilindungi Ilahi, tidak didakap haluan kiri.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1243am, 24/4/14

Cinta

Cinta itu rasa, Mendiami jiwa-jiwa, Mengusik rasa manusia, Semuanya bahagia... Cinta itu angan, Mimpi kini berteman, Bual kini tidak keseorangan, Rasanya hebat seakan mahu terbang di awan.. Cinta itu ubat paling berkesan, Namun jika duka berterusan, Jika derita yang meneman, Percayalah itu bukan, Cinta yang aku harapkan.. Cinta itu alami, Rasalah sendiri.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 12.36am, 24/4/14

Erti

Mencari erti semalam, Ke mana menghilang senja, Hati tersentak berselindung duka, Tak siapa dapat duga.. Menelusuri ranjau semalam, Hanya terbayang bayang-bayang, Mereka yang aku harapkan, Bersama hingga akhir waktu, Namun itu tak berlaku, Mereka tidak mampu, Untuk menunggu... Menembak rasa kini, Terasa bahagia melingkari, Namun pabila terjebak memori, Rasa rimas menyelimuti, Mengapa terpanggil semua ini? Sehingga saat ini, Puisi ini, Masih tergambar erti, Sebuah luka tiada penyembuh abadi, Sebuah memori yang cipta aku kini, Sebuah cerita yang ingin aku kongsi, Namun bukan dalam puisi ini, Namun bukan dalam digital diari... Nukilan: Wan Naqiyyah binti Wan Hassan, 12.24am, 24/4/14

DO NOT DISTURB

Assignments As a student assignments are essential things to be done. As for this moment, i have not finished them. Still searching the information and gather here and there and still searching for the right mood to start again and again. Seriously i need extraordinary power to finish them. lol. kekekekekkekeke 'Assignment Mood' and 'Hardworking Mood' come to mummy...kekkekeke .......ASSIGNMENT MOOD IS ON............. -----DO NOT DISTURB-------

Printer

I have never once had a printer before. Sometimes, i thought of buying it to ease my work. However, i kept delaying to have one because when i was in UIA I have a lot of sources to do printing. However, when i am here, i think it is really troublesome of not having one. Thus, I need to buy one like seriously! Some people do not understand between a need and a want.  NEED-necessity good/service to keep on living (survive) WANT- probably necessary to buy/ just a lust of buying/ could be too many discounts on sale. Therefore, i rank the PRINTER as a NEED as i need it to survive as a student.

Aku Kecewa, Aku Merana

Aku kecewa, Aku merana, Melihat suatu suasana, Aku rasa hina.. Aku kecewa, Aku merana, Aku tiada rasa, Untuk tersisa, Buat kamu pendusta.. Aku kecewa, Aku merana, Dirantai terpenjara, Aku benci dimain jiwa.. Aku kecewa, Aku merana, Kenapa tidak terima, Nasihat ibu tercinta.. Aku kecewa, Aku merana, Kau buat aku terseksa, Kau buat aku rasa, Tiada sesiapa, Patut aku labuhkan cinta.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 6.48pm, 25 March 2014

Rela atau Redha.

rela atau redha, tidak terima, tiada sempurna, bau syurga.. rela atau redha, rasa kecewa jiwa, aku tiada rasa, untuk tersisa.. rela atau redha, aku mahu segera, berlalu masa, agar semua, tidak terus teroka, dalam jasad tiada rasa, untuk terus bertakhta.. rela atau redha, aku bukan maksum dosa, aku hanya insan hina, merembes tangis rindu ibu bapa, mengapa ini aku terima, setelah apa yang dikata, aku tempis dengan bangga.. rela atau redha, aku rindu suatu masa, aku tidak perlu rasa kecewa, memilih jalan yang dibina, tidak seperti aku sangka, tidak seindah yang aku suka, tragis setiap masa, menekan jiwa, merobek segala isi dunia, aku terluka.. rela atau redha, aku tahu aku tidak mampu, memberi suatu, rasa rindu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 904pm, 23/3/2014

Ada Aku Kisah?

Ada aku kisah? Kau datang dan pergi meninggal resah, di hati berbolak menangis tak sudah.. Ada aku kisah? Kau main hati, kau koyak sanubari, Biar luka sejati, tiada penyembuh abadi.. Ada aku kisah? Kau beri pelangi, Kau ragut kembali, Tinggal mentari seakan mahu pergi.. Ada aku kisah? dengan siapa kau pergi, dengan siapa kau dilengkapi, aku pun tidak sunyi, sendiri bukan sepi, sendiri mencari, cinta Ilahi.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 523am, 23 March 2014

Bahagia

meraih bahagia, semuanya ingin selamanya, waktu yang ada, takkan berjumpa, untuk lain masa... melakar sempurna, takkan bisa, di sini bukan syurga, sini hanya dunia.. mencari dia, satu dalam sejuta, namun jumpa, aku suka, aku bahagia.. kamu yang aku cinta, kamu tahu kamu siapa, tak perlu aku buat nota, menulis nama.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 537am, 22 March 2014

S.E.T.I.A

Untuk apa setia, Jika untuk diluka, Untuk apa setia, Jika tiada mampu beri rasa percaya.. Setia itu kenangan, Setia itu harapan, Setia itu keseorangan, Setia itu amalan... Setia itu aku lakukan, Untuk kamu di halaman.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 530pm, 17 March 2014

Patient

i am not an angel to stay calm, be patient until the end. i am only a normal human. i have my limit. Stop all the nonsense.

LUPAKAH KAMU?

Tika habuk berterbangan, tiada mampu isi ruang kekosongan, setia di sini temankan, setia di sini bermimpi sayang.. Tika sukar melahirkan, tika perit hari mendatang, tetap setia di sini sayang, memberi sokongan, memberi dorongan, agar dirimu kedepan, mendapat redha Tuhan, mendapat rezeki selautan.. Namun mengpa sayang, pabila rezeki selautan, kau mencari kesalahan, kau mencari teman, untuk luahkan, nntuk berkasih sayang, apa aku sudah hilang? Tidakkah kau ingat, tika kita bersama berkeringat, untuk teruskan semangat, mendapat rezeki tak ingat.. Dan lupakah dirimu, saat zuriatmu, berjuang nyawaku, untuk itu.. Lupakah kamu? atau kau dibaham masa, amnesia melanda? Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 923am, 6 March 2014

a month

today marks a month duration for me here. a month away from family. a month of being a post graduate student. a month of unemployment. many happy thing happened this month. Alhamdulillah. New journey. New experience. New thing. i have found a house to stay. currently i stay with my ex-lecturer. but once my darling comes over then i will move to a new place. going to sign the tenancy agreement next week. hopefully everything will be fine. i am too excited to stay at my own place. i can decorate it my way. can't wait to shop a lot of things to decorate the house. to put a life in it. reads between line. kekekekekeke

Wan Najihah Farhanah

wow, it is terrific. you guys love to search about wan najihah farhanah and then accidentally found my blog. Is she that special to be searched such way. kekekekeke just ask me what do you want to know about her. i have everything about her. her secret is just in my pocket. walaheyyy...

an important person

When doing my hobby that is not been done for such a long time which is watching series, i realized something. These questions come into my thought. Am I an important person? if i would be one now or then? or maybe later.. The fact that i am not an important person who will not be given any priority makes me felt terrible. it kills me inside out. really! I will not be one, neither now nor then, even later. push stop. Do realize, Wan Naqiyyah binti Wan Hassan!

Terasa?

Aku mudah terasa, kadang rasa bisa, terbawa-bawa, sampai berusia-usia.. Aku mudah terasa, negatif fikir mahu saja, pecahkan balang protes membara, namun pada siapa, mahu dicampak balang segala? aku mudah terasa, walau sudah lama, namun rasanya masih berbisa, hingga hilang rasa, yang mendiami jiwa, gantinya bisa membara jiwa.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 736pm, 27 Februry 2014

Mimpi

Mengejar keluh kesah, merapati ke akhiran, namun segala pengalaman ketinggalan, mengapa hilang kenangan, adakah tiada kesan, di hati tiada keikhlasan? Berlari anak, mengejar kesepian beronak, tiada tepian mahu ombak, segalanya seakan ong bak? Berlari aku kejar mimpi, apa yang hantui, terasa kesan merapati, apa yang belum terjemah hati, apa maksud mimpi, hingga ragut tenang diri... Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 732pm, 27 Februay 2014

Kukembara

Kukembara melihat dunia, Tercipta luas kuasa yang Esa, Cantik tak terjangkau rasa, Syukur lihat semua, Syukur diberi masa, Melihat segala-gala yang luar biasa.. Kukembara melihat dunia, Jauh beda dari yang sedia, Yang selalu aku ada, Kini terasa pengalaman berbeza.. Kukembara melihat dunia, Menanti si dia, Untuk tetap bersama, Bersama-sama kembara, Melihat dunia konteks berbeza.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 351pm, 24 February 2014

Sesat itu Aku

Sesat itu aku, Dalam mencari ilmu, Di tempat baru, Jauh dari tempatku, Beribu-ribu batu, Aku tinggalkan mereka kesayanganku.. Sesat itu aku, Meronda-ronda aku, Dalam bas dari kota itu, Terasa sayu, Terlepas jalan yang selalu, Aku lalu, Masa tak menunggu, Solat memanggil aku... Sesat itu aku, Namun syukur aku, Ke asalan kembali aku, Meronda ke situ, Dengan bas baru, Kurang-kurang aku tahu, Baik buruk sesat itu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 1039pm, 19 February 2014

Dua benua terpisah

Kumula hariku, Kau tamat harimu, Jauh tak terlihat aku, Akan kamu yang di kalbu.. Kumula hariku, Kau tamat harimu, Bila mahu bertemu, Sudah lama kutunggu.. Dua benua kita terpisah, Dihurung sedih gelisah, Namun akan berakhir sudah, Kau kan datang bermadah.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 744am, 15 February 2014

Amir convocation

Image
Amir convocation, a day earlier than us;)

Convocation

Image
The day that has been waited for a long time, finally it came;)-18 November 2013 Convocation day=same day with my Architect. Ohoi happiest day ever;)

pecah rumah?

that was last year. Geramnya, rumah saya telah dimasuki pencuri. pada 10 december 2013, rumah yg saya tinggal bersama suami tercinta telah dimasuki pencuri. balik kerja pukul 7plus, mangga sudah tiada di grill. door knob terkulai. semua lampu dipasang. bilik utama diselerakkan. habis pakaian di dalam almari diselongkar. yang menjadi kekecewaan saya, laptop saya yg telah lama digunakan di bawa pergi bersama beg laptop yg sgt saya suka. kecewanya saya kerana di dalam beg laptop itu juga mempunyai jam tangan hadiah birthday dari mama saya. kekecewaan melanda apabila hard disk saya juga di ambil tanpa segan serta silu. bayangkan semua kerja di dalam laptop dan di dalam hard disk tersebut dibawa lari begitu sahaja. telah pergi seluruh kenangan tercipta bergelar mahasiswa dahulunya. assignments, presentation, poems, running man, and all those stuffs sudah pergi seakan angin lalu. sehingga kini saya masih terasa kehilangan akan semua barang-barag yag telah dibawa pergi. walau se

Jika hari ini hari terakhirku..

Jika hari ini hari terakhirku, apa yang aku harus laku? Jika hari ini hari terakhirku, apa yang aku perlu? Jika hari ini hari terakhirku, bagaimana keadaanku? Jika hari ini hari terakhirku, Cukupkah amalku bertemuMu? Jika hari ini hari terakhirku, Aku mohon sesuatu, Agar tempatkan aku, Di kalangan kekasihMu.. Jika hari ini hari terakhirku, Aku mohon semua kenalanku, Memaafkan khilafku, Aku mohon ibubapaku, Meredhakan setiap satu, Pemberianmu.. Dan Jika hari ini hari terakhirku, Aku mohon separuh jiwaku, Memaafkan aku, Setiap satu, Dosa aku, Padamu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 530am, 13 February 2014.

Rindu Itu.

Rindu itu suatu lagu, mendayu-dayu, memohon bertemu, dengan yang bertamu, di kalbu... Rindu itu angin, menderu-deru teringin, bertemu kamu kuingin.. Rindu itu kisah aku, dalam mencari ilmu, meninggalkan separuh jiwaku, jauh beribu-ribu batu, inilah korban aku, jua korbanmu.. Rindu itu, mengundang gerimisku, namun diseka itu, agar doa bertemu, segera kabul.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 505am, 13 February 2014

my route to class.

Alhamdulillah, this week i have been attending all the classes that required for me to go.kekekekeke when going to class starting last monday, i went to class by taxi. i called the taxi's operator then within a few minutes, the taxi came. it took me about 10 minutes to reach Salford University. in addition, it costs me 5pound on average. fuhhhh... thus, to cut the budget stipulated for transportation to university, when the classes ended, i took bus to reach home. it costs me 2.50pound. i bought a week ticket for stagecoach bus for 12.50pound. i think i will buy first bus ticket as the frequency of first bus company is higher than stagecoach even it will cost me 13.00pound. it took me an hour to reach home by bus as i need to change the bus. from my university i rode a bus to Picadilly Garden, from there i took another bus to Cheetham hill. quite complicated huh? but i enjoy it too much because i can have a breathtakingly majestic view of Manchester Wheel everytime i go to

Rasa Tidak Selesa

rasa tidak selesa, merapati berbunga gembira, aku terasa, mengapa dia, tidak segera... rasa tidak selesa, merapati berbunga gembira, aku terasa, mengapa dia, berdalih sini sana.. rasa tidak selesa, merapati berbunga gembira, aku terasa, mengapa dia, seakan tidak sama.. pergilah rasa kecamuk jiwa, biar aku tenang saja, dari fikir gelojak rasa, yang menyerang minda, dikit demi dikit ada, rasa mahu tinggal semua.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 650am,11 February 2014,Salford.

Mencari Sesuatu

Mencari sesuatu, Syukur aku, Allah bantu.. Mencari sesuatu, Yang berharga buatku, Yang bakal menerangiku, Yang beri aku lagu, Mendayu-dayu.. Mencari sesuatu, Yang bakal temani aku, Dengan sejuta rindu, Buat kamu, Yang berada di kalbu.. Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 504am, 6 February 2014

Yesterday

and the yesterday is gone.. and the yesterday has made me be strong, and the yesterday has made me be thoughtful, no matter where I am, no matter how far I am, I must realize that the enormous obstacles are always been there to test me... how far, how long, how much, that is not me to decide, It is Him to make..

Semalam

Semalam aku dihina, Semalam mereka kata aku gila, Semalam mereka jaja cerita, Semalam yang aku tidak suka, Semalam yang aku mahu lupa, Namun sering ganggu minda, Aku sejak suatu masa... Aku bukan siapa-siapa, Namun aku mahu ada, Setiap apa dicita, Menjadi milikku jua, Walau keterbatasan masa, Walau sudah tua... Nukilan: Wan Naqiyyah Wan Hassan, 5.00am, 6 February 2014

The new journey begins;)

Image
Today will be the 5th day i am here, Manchester, United Kingdom. Today will also be my first day of class throughout my journey to get Msc in Project Management in Construction. These five days, i have been really excited to start a new journey. And this is the journey that i have been waiting for since then. The fact that i pursue my study because i want to enhance my knowledge is one thing, however i have chosen UK to pursue my study because of my father. He was here before, not in Manchester but in Scotland, I talked about UK in general. hihi. After months of thinking, finally here I am, University of Salford;)

Both roads are taken=)

And both roads are taken, Alhamdulillah I can travel both. Without jeopardizing one of those chosen. Both will be mine. Thanks to all the people who bring up the best in me. To the people who never ending pray for me. To the people who have lot of love for me. I will ensure that I can successfully travel both roads.

Al-Fatihah

Just received the news of my beloved lecturer at center for foundation studies IIUM, my economics lecturer has passed away. these few weeks he has been hospitalized because of meningitis. He is a good lecturer. His kindness and help will not be forgotten. Rest in Peace: Bro. Muhammad Hisham Hamidon.

Road not Taken

Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth;    Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim, Because it was grassy and wanted wear; Though as for that the passing there Had worn them really about the same,        And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black. Oh, I kept the first for another day! Yet knowing how way leads on to way, I doubted if I should ever come back.     I shall be telling this with a sigh Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I— I took the one less traveled by, And that has made all the difference.        Robert Frost  , 1920 This poem, reminds me of my English teacher at school, a very understanding and helpful teacher, Miss Kartika Ibrahim. She taught me English since i was in form 3 until i graduated from school. hehe I